Dakwa COVID-19 Agenda Doktor

Lebih Percaya Khabar Angin, Dakwa COVID-19 Agenda Doktor Kaut Keuntungan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebahagian penduduk Indonesia dakwa COVID-19 agenda doktor kaut keuntungan

Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 kepada 64,958 dan mangsa korban kini 3,241 orang setakat 6 Julai.

Jika kita di sini, petugas barisan hadapan sudah sedikit demi sedikit menarik nafas lega, tetapi sebaliknya yang berlaku di negara jiran kita.

Di wilayah Pamekasan, Indonesia, tanggapan sesetengah anggota masyarakat terhadap petugas perubatan telah menyebabkan usaha mereka terganggu dan menjadi sukar.

Penduduk di sini lebih percayakan khabar angin dan mendakwa doktor serta kakitangan perubatan cuba mengaut keuntungan daripada pandemik itu.

Tuduhan itu menyebabkan tugas kakitangan perubatan menjadi semakin sukar apabila ada pesakit tidak percaya mereka menghidap penyakit itu walaupun saringan membuktikannya, lapor Kompas.com.

Syaiful Hidayat, salah seorang kakitangan perubatan di wilayah tersebut berkata ada yang menolak untuk diasingkan dan menerima rawatan di hospital walaupun pesakit dan keluarganya ditunjukkan keputusan positif COVID-19.

Lebih membimbangkan, pesakit marah apabila diberitahu mereka dijangkiti virus itu dan mengatakan COVID-19 adalah “perancangan doktor untuk mengaut keuntungan.”

“Tuduhan sebegitu terus disebarkan melalui media sosial, tidak hanya dilakukan masyarakat awam malah masyarakat berpendidikan tinggi.

“Kami mempertaruhkan nyawa kami sendiri dalam menangani pesakit COVID-19. Murah sungguh harganya kalau ditukar dengan wang,” kata Syaiful kepada Kompas.com.

Pemikiran penduduk di wilayah itu bagaikan katak di bawah tempurung kerana menganggap penyakit wabak berbahaya ini mampu sembuh dengan sendirinya.

Sikap sebegitulah membuatkan jumlah kes positif COVID-19 di Pamekasan terus bertambah.

Dakwa COVID-19 Agenda Doktor

“Kalau pesakit berada di hospital, ia mudah ditangani tapi kalau di luar hospital, sudah tentu agak sukar untuk mengesan mereka.

“Sejak akhir-akhir ini, keadaan semakin sukar untuk dikawal,” ujarnya.

Kedegilan rakyat republik ini menyebabkan petugas barisan hadapan di sana seakan berputus asa mahu merawat mereka yang dijangkiti sehinggakan tanda pagar ‘Indonesia? Terserah!’ menjadi trending di media sosial.

BACA: Petugas Barisan Hadapan Kepada Rakyat Yang Tak Patuh

BACA: Biarpun Kes Positif Sudah Cecah Lebih 50 Ribu, Rakyat Indonesia Masih Enggan Patuhi SOP Penjarakan Sosial

Sumber