Lebih Berpihak Pada Israel, Pelan Damai Asia Barat Trump Cetus Kebimbangan Palestin

Pelan damai Asia Barat yang dirangka Amerika Syarikat (AS) yang melibatkan Palestin dan Israel telah mencetuskan kebimbangan terutamanya pada rakyat Palestin.

BACA: Dewan Perwakilan AS Undi Pecat Trump Kerana Salah Guna Kuasa Sebagai Presiden

Dilihat sebagai satu perangkap, pelan ini diumpamakan sebagai pelan menyerah kepada zionis kerana AS dilihat mahu menyelesaikan konflik berkenaan dengan ‘menyuruh penduduk Palestin menyerah kepada Israel’ berbanding mencapai kata putus melalui rundingan damai.

Pelan rundingan yang diketengahkan oleh AS memfokuskan kepada dua kompenen utama, iaitu:

  1. Isu politik berkaitan status Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
  2. Isu pengukuhan dasar ekonomi Palestin.

Raja Jordan, Raja Abdullah pernah menyarakan protes beliau dengan menolak idea berkenaan kerana pelan abad yang dijanjikan Donald Trump ini akan menjejaskan hak Palestin untuk kembali.

AS Halal Penempatan Haram Israel
Sumber: The Times of Israel

Malah ianya mencetuskan kebimbangan kerana seakan-akan memberkan bayangan bahawa Trump akan kembali kepada tema lama Israel; Jordan adalah Palestin dan di situlah rakyatnya di Tebing Barat perlu pergi.

Rancangan Trump mungkin akan mengubah demografi dan politik sebuah negara dibentuk dengan kehadiran penduduk Palestin yang memegang kerakyatan penuh namun dipinggirkan dan dilihat sebagai ancaman politik oleh sesetengah rakyat keturunan Jordan.

Sekian lama tertangguh, Trump memberitahu bahawa pelan damai Asia Barat yang dirancag akan diumumkan minggu ini.

BACA: Gara-Gara Nyatakan Solidariti Buat Palestin, Sejarawan Israel Ini Telah Disenarai Hitam

Pelan ini masih menimbulkan tanda tanya sama ada usaha berkenaan mampu atau tidak untuk dijalankan selepas Palestin secara berterusan enggan berurusan dengan pentadbiran Trump dan menolak suntikan dana sebanyak RM203 bilion bagi merancakkan ekonomi di Asia Barat yang dicadangkan Julai lalu.

Donald Trump

Rancangan ini dibimbangi akan menghancurkan harapan Palestin untuk menubuhkan negara merdeka di Tebing Barat, timur Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza kerana 30% aset strategik Palestin, Lembah Jordan di wilayah Tebing Barat akan dipegang Israel.

Jelas menyokong Israel, pelan ini bagaimanapun turut menawarkan laluan untuk Palestin ke negara tertentu. Malah Trump seakan ‘menggula-gulakan’ Palestin dengan menjanjikan:

  1. Kawasan perkampungan Abu Dis sebagai ibu negara baru Palestin yang kini dipisahkan daripada sempadan Israel.
  2. Mengiktiraf kawasan timur Jurusalem sebagai ibu negara Palestin.
  3. Menikmati perjanjian perdagangan bebas dengan AS.
  4. Rumah Putih akan melaksanakan pembangunan di Palestin; bina jaringan pengangkutan termasuk jambatan, jalan raya dan terowong yang menghubungkan Tebing Barat dan Gaza ke wilayah Israel.
  5. Tidak mengubah status Baitulmaqdis sebagai tapak suci agama Islam, Kristian dan Tahudi.

Sumber: Media Adil, Berita Harian