
Lebih Banyak Perkongsian Ilmu Daripada Video Joget, Ini Senarai TikToker Yang Anda Boleh ‘Follow’
Senarai TikToker Yang Anda Boleh ‘Follow’ Untuk Inff Bermanfaat.
Kebanyakan pihak beranggapan aplikasi hiburan seperti TikTok adalah melalaikan tanpa memberi faedah kepada diri sendiri mahupun masyarakat sekeliling.
Ini adalah anggapan kepada mereka (sebahagian) yang belum mendedahkan diri dalam aplikasi video yang kian popular itu.
Jika pada awal kemunculannya, TikTok merupakan aplikasi untuk golongan remaja, namun penggunaannya makin meluas dan makin mendapat tempat bagi golongan dewasa – daripada para pekerja seperti pakar kesihatan, pakar IT, mahupun bisnes.
Jangan terkejut, kini pengguna TikTok telah merangkumi semua usia bermula dengan kanak-kanak hinggalah kepada warga emas.
TikTok bukanlah sekadar tempat pengguna mendapat hiburan seperti menari, menyanyi atau membuat video-video lawak.
Jika anda mencari dengan betul, sebenarnya banyak info dan ilmu pengetahuan yang anda dapat sama ada dalam bidang pendidikan, bisnes, travel, tip kehidupan, nasihat kewangan dan pelbagai manfaat lagi.
Tambahan pula, info-info yang diberikan amat mudah untuk difahami dan dalam masa yang sama kita boleh tanya terus kepada user mengenai sesuatu topik yang didokumentasi mereka.
Berikut merupakan senarai TikToker yang anda boleh follow untuk mendapatkan info yang bermanfaat.
1. Optometrist
2. Speech therapist
3. Tip dan info kesihatan
4. Kewangan
5. Pelaburan
6. Agama
7. Digital Marketing
8. Pengetahuan Am
Sebenarnya ada lebih banyak lagi jika anda mencari dengan lebih mendalam. Cari sahaja apa jenis tip yang anda terlintas untuk tahu di ruangan carian.
Semoga bermanfaat!
BACA: Gara-Gara Video TikTok, Jualan Krim Jerawat Ini Semakin Melonjak
Trending now



