
Lebih Banyak Aksi Dan Dramatik, Tonton Trailer ‘G Storm’ Yang Turut Menampilkan Rosyam Nor
Tonton Trailer ‘G Storm’ Yang Turut Menampilkan Rosyam Nor.
Filem francais kepolisan yang amat popular di Hong Kong kini kembali dengan filem kelimanya, G Storm yang bakal ditayangkan pada 31 Disember 2021.
Francais Storm bermula dengan Z Storm (2014), S Storm (2016), L Storm (2018) dan P Storm (2019).
Dibintangi oleh pelakon legenda Hong Kong Louis Koo, kali ini membawa peranan lebih serius sebagai William Luk Che Lim, Ketua Penyiasat dalam unit ICAC (Independent Commission Against Corruption).
Dapat dilihat menerusi trailer terbaharunya, filem ini menjanjikan lebih banyak aksi dan detik dramatik untuk menumpaskan dalang disebalik aktiviti pemerdagangan manusia antarabangsa yang memfokuskan di Asia Tenggara.
Diarahkan oleh David Lam, filem G Storm juga turut menampilkan pelakon, pengarah dan penerbit tempatan Rosyam Nor yang pastinya membawa keterujaan kepada peminat.
Difahamkan, penggambaran filem ini dijalankan ketika Malaysia sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas.
Tonton trailer G Storm dibawah.