95% Pelancong China India Tiada Rekod Keluar

Lebih 95% Pelancong China, India Tiada Rekod Keluar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lebih 95 peratus atau kira-kira 100,000 pelancong dari China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 hingga tahun lalu didapati tiada rekod tarikh keluar, menurut laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2.

Berdasarkan laporan, sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

Manakala bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.

Pengauditan itu juga mendapati data kira-kira 1.26 juta warga China dan 295,634 warga India masih diproses secara manual di bawah MyIMM. Selain itu, dilaporkan juga wujud kelemahan dalaman yang serius dalam pelaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dab MyIMMs ketika proses di pintu masuk pelancong.

“Pihak audit berpendapat pengurusan Jabatan Imigresen dan kawalan dalam di pintu masuk kurang cekap kerana pengesahan data kemasukan pelancong secara manual dan offline tidak dikemaskini.

“Keadaan itu mengakibatkan data apungan sebanyak 1.56 juta dalam tempoh 2016 sehingga 2018,” kata laporan berkenaan.

Pada Mei lalu, menerusi Menteri Luar, Saifuddin Abdullah berkata kerajaan berhasrat melonggarkan syarat kemasukan pelancong China yang melawat Malaysia pada tahun Melawat Malaysia 2020.

95% Pelancong China India Tiada Rekod Keluar
Sumber: Today Online

Namun, cadangan itu perlu dikaji semula oleh Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) atas faktor bimbang ia akan memberi mudarat lebih besar kepada kedaulatan negara. Ia berdasarkan statistik Kementerian Pelancongan bagi tahun 2005, daripada sejumlah 500,000 pelancong dari negara China dicatat berkunjung ke negara ini, hanya 315,000 daripadanya yang direkod keluar.

Sumber: The Star, Sinar Harian