Lebih 300 Profesor Tolak PPSMI 1

Lebih 300 Profesor Tolak PPSMI Dikembalikan – Majlis Profesor Negara

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lebih 300 profesor daripada Majlis Profesor Negara (MPN) menolak cadangan kerajaan bagi memperkenalkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Lebih 300 Profesor Tolak PPSMI
Sumber: Malaysia Kinii

Pengerusi MPN, Profesor Uling Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menjelaskan kerajaan perlu jelas sama ada mahu bagus dalam bahasa atau sains selepas ianya terbukti gagal sebelum ini.

BACA: PPSMI Dikembalikan: Dunia Pendidikan Bakal Berdepan Episod ‘Kegagalan’ Kedua

Pendirian MPN menolak pelaksanaan ini dijalankan buat kali kedua adalah berdasarkan pengundian yang diperoleh daripada 560 profesor di Malaysia yang mana lebih 57% daripadanya memilih untuk menolaknya.

Walau bagaimanapun, Tun Mahathir selaku pemangku Menteri Pendidikan memberitahu pelaksanaan PPSMI masih belum dimuktamadkan.

Tindakan menolak PPSMI dikembalikan daripada lebih 300 profesor ini turut ditentang oleh bekas  Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Awang Sariyan menerusi Utusan Online pernah menyuarakan bahawa tindakan kerajaan yang mahu mengembalikan PPSMI hanyalah mengulangi kesilapan lama.

Ini kerana, PPSMI bukannya program pemulihan atau peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris kerana sudah dibuktikan dalam kajian empiris bahawa penguasaan Bahasa Inggeris tidak meningkat sebaliknya pencapaian pelajar dalam Sains dan Matematik turut merudum.

Dasar PPSMI yang diperkenalkan pada 2002 dilaksanakan sepenuhnya pada 2008 kemudiannya dimansuhkan pada 2012 oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber: Astro Awani