
Lebih 2 Dekad Di Kedudukan Pertama, Ini Senarai Penuh 50 Individu Terkaya Di Malaysia Selain Robert Kuok
Wabak pandemik COVID-19 nyata memberikan kesan bukan hanya kepada rakyat marhaen tetapi juga golongan bangsawan di Malaysia, termasuklah individu terkaya di Malaysia ini.
BACA: ‘Kepala’ Sindiket Macau Scam Di Malaysia Ditangkap, Kenali Teknik Dan Sistem Jenayah Kolar Putih Ini
Menurut laporan Forbes Asia, kekayaan terkumpul 50 individu terkaya di Malaysia ialah sebanyak RM330 bilion dan ianya telah menyusut sebanyak 7% jika dibandingkan dengan tahun lalu.
Antara punca lain yang menyumbang kepada kemerosotan nilai kekayaan mereka ialah peletakan jawatan oleh Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7 secara mengejut pada pertengahan Februari 2020.
Robert Kuok yang berjaya mempertahankan gelaran individu paling kaya di Malaysia selama dua dekad dilaporkan merupakan salah seorang daripada empat usahawan yang mengalami kekuncupan kekayaan dengan nilai RM4.15 bilion sejak setahun lalu, selain daripada pengasas Public Bank, Teh Hong Piow, dan pengasas AirAsia, Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun.
Berikut merupakan senarai penuh 50 individu terkaya di Malaysia.





Individu yang paling muda dalam senarai ini ialah Loh Kian Chong (44 tahun), Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Oriental Holdings Bhd yang menggantikan bapa saudaranya, Loh Cheng Yean.
Dalam senarai tersebut, hanya ada lima individu dengan usia 50 tahun ke bawah selain daripada Kian Chong, iaitu Patrick Grove (45 tahun), Wong Thean Soon (49 tahun), Chu Jenn Weng (50 tahun) dan Oh Kuang Eng (50 tahun).
Secara keseluruhan, nilai bersih kekayaan 22 daripada 55 individu di atas mengalami kemerosotan jika dibandingkan dengan tempoh setahun lalu.
Terdapat lima individu terkeluar daripada senarai ini yang mana salah seorangnya merupakan pengasas bersama Grab, Anthony Tan.
Manakala ‘muka baru’ yang memasuki senarai ini ialah pengasas pengeluar produk elektronik ViTrox, Chu Jenn Weng dan pengasas Mi Technovation, Oh Kuang Eng.
Trending now



