Lebih 2 Bulan Koma, Remaja Terus Bangun Lepas Nama Makanan Kegemarannya Disebut 2

Lebih 2 Bulan Koma, Remaja Terus Bangun Lepas Nama Makanan Kegemarannya Disebut

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lucu tapi benar. Seorang remaja lelaki dikatakan terus tersedar bangun daripada koma sebaik sahaja mendengar nama makanan kegemarannya disebut iaitu filet ayam.

Lebih 2 Bulan Koma, Remaja Terus Bangun Lepas Nama Makanan Kegemarannya Disebut 1

Berlaku di Taiwan, remaja tersebut yang dikenali sebagai Chiu, 18 tahun dikejarkan ke Hospital Hsinchu Country kerana mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal pada Julai lalu.

Chiu yang kemudiannya koma kerana mengalami kerosakan teruk pada hati, buah pinggang kanan dan beberapa organ lain telah menjalani beberapa siri pembedahan.

BACA: Baru Bangun Daripada Koma 6 Bulan Lalu, Lelaki Kongsi Kisah Inspirasi Pemuda Petronas Ini

Jururawat yang merawat Chiu menyifatkan keadaan Chiu sama seperti beliau sedang bermain ‘permainan tarik tali bersama Tuhan Maut’.

Pada hari ke-62 beliau koma, abangnya bergurau akan makan makanan kegemarannya iaitu filet ayam.

“Adik, saya akan makan filet ayam kegemaran awak.”

Ajaibnya, secara tiba-tiba denyutan nadi Chiu bergerak laju dan tanda vitalnya mulai stabil sebelum beliau tersedar.

Lebih 2 Bulan Koma, Remaja Terus Bangun Lepas Nama Makanan Kegemarannya Disebut

Sudah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan untuk keluar dari hospital, Chiu kembali ke hospital dengan sebiji kek sebagai tanda ucapan terima kasih kepada pegawai perubatan yang banyak membantu memulihkannya.

Sebelum ini, seorang lelaki yang juga peguam telah berkongsikan satu kisah inspirasi kepada netizen mengenai seorang pemuda yang bekerja sebagai pembantu stesen minyak yang sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan selepas enam bulan terlantar koma.