
Lebih 180,000 PATI Dihantar Pulang Bawah Program Pengampunan B4G
Awal Disember lalu, kita dikejutkan dengan pengumuman oleh Ketua Audit Negara bahawa hampir 95% daripada pelancong China dan India yang melawat Malaysia tiada rekod keluar.
Peratusan yang membawa kepada jumlah 100,000 orang itu merupakan penyumbang besar kepada lambakan pendatang asing tanpa izin di Malaysia sehingga menjadikan Malaysia sebagai ‘syurga’ buat mereka.
BACA: Malaysia Ibarat Syurga Buat Pendatang Asing
Dalam usaha mahu membanteras lambakan pendatang asing tanpa izin ini, pihak imigresen telah menjalankan program pengampunan Back For Good (B4G) yang bermula sejak 1 Ogos hingga tengah malam 31 Disember (semalam).

Di bawah program tersebut, imigran atau pendatang asing tanpa izin yang tidak mempunyai dokumen sah boleh menyerah diri dan membayar denda untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.
Hasil daripada itu, malam tadi pejabat imigresen didapati penuh dengan kehadiran golongan tersebut yang melakukan permohonan saat akhir yang membawa kepada jumlah terkumpul adalah lebih daripada 180,000 orang.
Untuk pengetahuan anda, bermula 1 Januari 2020 kerajaan telah melakukan pengecualian visa selama setahun dengan tempoh lawatan terhad kepada 15 hari tanpa tempoh lanjutan bagi pelancong India dan China yang mana mereka perlu melakukan perjalanan ke Malaysia dalam tempoh tiga bulan selepas berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik.
Sumber: Malaysia Kini, FMT
Trending now



