
Lebih 104 Juta Pelancong China Kunjungi Lokasi Pelancongan Domestik Sempena Cuti Umum
Selepas menamatkan perintah berkurung akibat COVID-19 pada akhir April lalu, seramai lebih 104 juta pelancong China dilaporkan mengunjungi lokasi pelancongan domestik sempena cuti umum di sana.
BACA: Pelancong China Akan Diajar Bagaimana Untuk ‘Berkelakuan’ Di Malaysia – Ketua Diplomat
Data itu didapati oleh Kementerian Budaya dan Pelancongan China selepas empat hari pertama percutian iaitu minggu keemasan yang akan berakhir pada hari ini..
Menjana pendapatan sebanyak RM26 bilion menerusi aktiviti pelancongan tersebut, China berjaya mengawal wabak pandemik itu daripada terus merebak di sana.
Lebih 104 juta pelancong melancong melebihi jangkaan awal
Menurut sumber Bangkok Post, pada 1 Mei lalu sempena cuti umum Hari Pekerja, Kemeterian Budaya dan Pelancongan China menjangkakan lebih 80 juta pelancong akan keluar melancong secara domestik dan cuba untuk kembali kepada norma kehidupan kepada sebelum perintah berkurung dijalankan.

Malah catatan kes baharu juga tidak setinggi dahulu, yang mana kes terbaharu yang dicatatkan semalam cuma satu kes sahaja menjadikan China sebagai negara yang mencatatkan jumlah kes terendah sejak 17 Mac.
Masih memiliki 395 kes aktif, jumlah kematian yang berlaku di China akibat pandemik ini adalah seramai 77,853 dengan 82,881 kes positif keseluruhan.
BACA: Akibat COVID-19, China Kuat Kuasa Denda Biadap Bagi Perbaiki Amalan Kebersihan
Sudah mula membuka sekolah untuk pelajar tahun akhir sekolah menengah, sekolah tinggi, pelajar yang akan menduduki peperiksaan serta pelajar akhir universiti, kesemua yang hadir akan melalui proses pemeriksaan suhu badan di pintu masuk terlebih dahulu.
NOTA:
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Sumber: Astro Awani
Trending now



