Lebih 1 Juta Penduduk Dijangka Positif COVID-19, India Keluar Perintah ‘Total Lockdown’ 21 Hari

Sumber: VOX

1.3 bilion rakyat India kini berada di bawah perintah total lockdown selepas lebih (satu) 1 juta daripada penduduk India dijangka positif COVID-19.

Perintah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi telah pun bermula tengah malam 24 Mac ini akan dilakukan dalam tempoh 21 hari (tiga minggu) sebagai usaha memerangi penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan penduduk.

Penyelidik kesihatan telah memberi amaran bahawa lebih (satu) 1 juta orang di India boleh dijangkiti COVID-19 menjelang pertengahan Mei sehingga mendorong Modi untuk menutup semua perjalanan udara, kereta api, perniagaan dan sekolah.

Lebih 1 Juta Penduduk Dijangka Positif COVID-19, India Keluar Perintah ‘Total Lockdown’ 21 Hari
Sumber: Al Jazeera

Trend peningkatan kes di India amat membimbangkan terutamanya di kawasan luar bandar yang mempunyai infrastruktur yang terhad dalam menangani wabak ini.

Keadaan politik berkenaan dengan undang-undang kewarganegaraan baharu yang diperkenalkan menjadikan keadaan jangkitan COVID-19 ini menjadi teruk.

Ini kerana beribu-ribu rakyat India berhimpun bagi menyatakan protes tanpa mempedulikan arahan kerajaan yang melarang sebarang perhimpunan awam dan mengamalkan penjarakkan sosial.

BACA: Dibuang Kerakyatan, Penduduk Muslim Di India Buat Demonstrasi Bantah Akta Kerajaan

Setakat hari ini, India telah mencatatkan 536 kes dengan 10 kes kematian, 40 kes sembuh dan 486 kes aktif dengan kosong kes kritikal.

India mencatatkan kes pertama mereka pada akhir Januari melibatkan pelajar di Kerala, India yang sedang menuntut di Universiti Wuhan, China.

Manakala perkembangan di Malaysia pula, setakat pagi ini, telah mencatatkan 1,624 kes yang mana 64 daripadanya sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, 16 kes kematian dan 183 kes sembuh.

Sumber: Channel News Asia