
Lazareth Perkenal Motosikal Terbang Pertama Dunia Dengan Harga RM1.7 Juta
Sekiranya Malaysia masih lagi sibuk dengan proses projek dron, syarikat automotif Perancis, Lazareth sudah memperkenalkan motosikal elektrik yang boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 60 batu.
Motosikal model LMV496 ini bukan sahaja boleh dibawa sebagai kenderaan udara tetapi juga kenderaan darat dengan kuantiti eksklusif sebanyak lima unit sahaja.
BACA: Tun M Minta Rakyat Betulkan Persepsi Istilah ‘Kereta Terbang’ Pada Projek Dron
Daripada kuantiti tersebut, hanya empat unit sahaja dijual kepada umum dengan harga sekitar 380,000 Euro (RM1.7 juta).
Model yang menggunakan komposit karbon Kevlar yang ringan dan kukuh ini turut dibangunkan oleh rakan niaga Lazareth, TFX Suspension Technology iaitu pada bahagian suspension.
Dengan hanya menggunakan fungsi suis yang disediakan, pengguna boleh menukar mod kenderaan tersebut sama ada daripada kenderaan darat kepada kenderaan udara atau pun sebaliknya.
Menggunakan kuasa enjin empat jet (1,300 kuasa kuda) pengguna motosikal ini boleh melakukan penerbangan selama 10 minit dengan kapasiti tangki bahan bakar yang disediakan.
Tonton video penuh mengenai motosikal model LMV496 di pautan bawah:
Sumber: Daily Mail
Trending now



