Lazada Pampasan

Lazada Perkenal Polisi Baharu, Beri Pampasan Jika Tempahan Lewat Sampai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Keupayaan jalur lebar menjadi antara punca utama penduduk Malaysia mampu berbelanja secara dalam talian. Laman e-dagang memudahkan pengguna mendapatkan barang diingini tanpa perlu ke kedai.

Laman e-dagang popular di Malaysia, Lazada kini telah memperkenalkan polisi baharu iaitu “LazMall Guaranteed Delivery” (Jaminan Penghantaran LazMall) yang mana ia menawarkan jaminan untuk penghantaran yang tepat pada masanya.

Sekiranya tempahan yang dibuat lewat sampai dari tarikh yang ditetapkan, pihak Lazada akan menawarkan pampasan kepada pengguna yang membuat aduan secara automatik dalam masa 24 jam.

Namun, polisi jaminan penghantaran ini hanya tertakluk kepada barangan di LazMall yang bertanda ikon van merah bersama tanda tick atau label “24hr“.

Lazada Pampasan

Pelanggan yang membuat pembelian melalui LazMall akan diperlihatkan dengan tarikh penghantaran pada halaman “Order Confirmation“. Pampasan akan dikreditkan secara automatik ke Lazada Wallet sekiranya penghantaran dibuat kepada pengguna melangkaui tarikh yang tertera ketika pembelian, namun jumlah pampasan berkenaan tidak dinyatakan buat masa ini.

Setakat ini, jaminan penghantaran ini meliputi kawasan sekitar Lembah Klang dan ia dijangka akan diperluaskan ke seluruh negara tidak lama lagi, dan hanya meliputi pembelian melalui LazMall.

Jaminan penghantaran tidak sah jika tempahan tidak menyertakan alamat penghantaran yang lengkap, pembayaran tidak lengkap dan jika di luar kawalan Lazada seperti bencana alam atau jika tiada orang di lokasi penghantaran semasa penghantaran di buat.

Sumber: Lazada, SoyaCincau