
‘Layla Majnun’ Filem Penuh Emosi & Air Mata
Baru sahaja ditayangkan pada semalam (11 Februari), filem Indonesia, Layla Majnun mendapat pujian ramai.
Dibintangi Reza Rahadian dan Acha Septriasa, filem Layla Majnun mengisahkan mengenai Layla yang dijemput untuk menjadi tenaga pengajar jemputan selama dua minggu di Azerbaijan.
Di sana, beliau bertemu dan berkenalan dengan Samir, lelaki Turki yang merupakan salah seorang daripada mahasiswa di sana.
Dalam tempoh masa dua minggu, Layla jatuh hati pada Samir namun cinta mereka terhalang apabila Layla sudah pun berjanji akan menikahi Ibnu, biarpun Layla tidak ada hati kepadanya.
Dalam plot cerita yang ringkas,(biarpun terdapat beberapa kelonggaran daripada skrip), penonton dapat melihat dengan jelas tekanan yang dihadapi kedua-dua watak – saling mencintai namun dibatasi dengan janji.
Untuk ketahui sama ada filem ini akan berakhir sama seperti kisah lagenda Layla Majnun daripada Timur Tengah yang salah satu versinya berakhir dengan Qais yang menjadi gila apabila cintanya pada Laila dihalang ayah Laila, anda kena tonton filem ini di Netflix sekarang.
Boleh dijadikan salah satu tontonan santai hujung minggu ini, apa kata anda tonton dahulu trailer filem Layla Majnun di pautan bawah:
BACA: 5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix
Buat peminat filem dan drama dari seberang, pastinya nama Reza Rahadian bukanlah satu nama yang asing. Mendapat jolokan sebagai pelakon nombor satu Indonesia, di sini kami senaraikan lima filem lakonan beliau yang wajib anda tonton.
1. Habibie & Ainun (2012)
Dihasil berdasarkan buku bestseller, Habibie dan Ainun yang ditulis Presiden Indonesia ke-3, Baharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) mengenai isterinya, Hasri Ainun Habibie, filem Habibie & Ainun (2012) yang menggandingkan Reza bersama Bunga Citra Lestari mendapat pujian ramai termasuklah BJ Habibie sendiri.
2. Tenggelamnya Kapal Van de Wijck (2013)
Walaupun watak yang diberikan kepada Reza dalam filem Tenggelamnya Kapal Van de Wijck (2013) bukanlah watak utama, namun harus diakui impak wataknya memang besar kepada penonton.