Ebit Lew Dr Noor Hisham

‘Layak Terima Anugerah’ – Dua Individu Berpengaruh Ini Sering Jadi Sebutan Ketika Pandemik COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dua Individu Berpengaruh Ini Sering Jadi Sebutan Ketika Pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19 telah membawa kita pelbagai kisah dan inspirasi yang mana telah berlakunya krisis ekonomi lebih teruk daripada tahun 1998.

Manakala petugas kesihatan kini digelar ‘barisan hadapan’ kerana merekalah yang menjadi tonggak utama untuk merawati dan memberi amaran tentang masalah kesihatan yang melanda dunia ini.

Bermula awal tahun, dua individu berpengaruh inilah sering meniti di bibir masyarakat berikutan sumbangan mereka melalui bidang masing-masing kepada masyarakat.

Ustaz Ebit Lew

Ebit Lew Dr Noor Hisham

Daripada golongan muda hingga tua sememangnya amat mengenali pendakwah bebas dan usahawan terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Figura berwajah lembut dan tutur kata yang sopan ini semakin dikenali semua lapisan masyarakat kerana usaha serta pendekatan dakwahnya menerusi kerja-kerja kebajikan tanpa mengira bangsa.

Kegigihan Ustaz Ebit turun padang dan tidak jemu-jemu menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan mendapat perhatian pihak kerajaan apabila diberikan penghargaan bagi kategori Anugerah Khas, Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2020 pada Sabtu.

Biarpun menganggap tidak layak untuk menerima anugerah yang disampaikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, beliau tetap bersyukur dan berharap anugerah itu sedikit sebanyak dapat menjadi inspirasi kepada anak-anak muda.

“Anak-anak muda perlu berjuang dan apa sahaja kita buat, bila niat kerana tuhan, kita tidak akan berhenti buat baik. Kalau kita niat kerana orang, kita akan kecewa dan berhenti buat baik,” katanya selepas menerima anugerah.

Ustaz Ebit rancak menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sejak PKP dilaksana. Kisahnya sering mendapat perhatian media apabila beliau sendiri turun padang menjelajah seluruh Malaysia mencari keluarga daif dan menyediakan kediaman selesa buat mereka.

Terbaharu, Ustaz Ebit sedang memperluaskan empayar perniagaan dengan membuka pasar raya Elews Mart di sekitar Lembah Klang pada harga yang amat berpatutan.

Dr Noor Hisham

Ebit Lew Dr Noor Hisham
Sumber: Bernama

Sejak berlaku penularan COVID-19 di Malaysia, individu inilah menjadi harapan rakyat untuk mengetahui situasi terkini mengenai virus berbahaya yang telah pun menjangkiti seramai 9,200 orang setakat ini.

Datuk Dr Noor Hisham selaku Ketua Pengarah Kesihatan merupakan antara individu yang dikurnia Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Beliau menerima kurniaan itu pada hari pertama Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mula menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan pada Ogos 1988.

Kepakarannya adalah dalam kanser endokrin payudara dan beliau memberikan kepemimpinan dalam pelbagai pembelajaran dan program jangkauan kesihatan yang inovatif untuk semua.

Dr Noor Hisham dinamakan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) sebaris pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield berdasarkan kewibawaan menangani pandemik COVID-19.

Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada dua insan yang amat disayangi masyarakat. Pastinya menjadi pengiktirafan dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia!