
Lari Dari Bayar Tol, Jangan Ingat Boleh Selamat
Syarikat pengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) telah memuat naik bebenang ciapan di akaun Twitter rasminya bagi memberi amaran kepada pemandu-pemandu yang culas membayar tol.
Dalam ciapan tersebut, PROLINTAS memaklumkan pihaknya berjaya menahan beberapa kenderaan atas kesalahan tidak membayar tol.
PROLINTAS turut memaklumkan pihaknya akan lebih giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna yang tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol.
Berikut merupakan isi kandungan ciapan tersebut yang dipetik dari Twitter PROLINTAS AKLEH @AKLEHtrafik:
PEMANDU CULAS BAYAR TOL DITAHAN
Hasil usaha mengesan penceroboh tol yang dijalankan secara kerap, beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya AKLEH malam tadi. @LLMrasmi @MOWorks @PetraJayaMP @paultan @pandulaju
Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa & lokasi sama. #kantoi
PROLINTAS terus giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol. #AWAS
BACA: Pembayaran Tol Guna Kad Touch ‘n Go Tetap Akan Dihentikan
Sumber: PROLINTAS AKLEH