Sekolah Larang Bacaan Doa

Larang Bacaan Doa Dalam Majlis Rasmi, Dua Sekolah Terima Amaran KPM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pentadbir dua buah sekolah yang didapati telah melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan menerima peringatan tegas daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta dipertimbangkan untuk dikenakan tindakan tatatertib sekiranya perlu.

Pentadbir SK Methodist, Pulau Pinang didapati bersalah kerana melarang bacaan doa pada Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Tahun 2019 bertentangan dengan surat siaran KPM Bilangan 13 Tahun 2016 – Perkara 5.11 dalam Garis Panduan Pengurusan Majlis/Program/Acara dan Pengurangan Amalan Protokol dan Sambutan di Bahagian/Jabatan Institusi Pendidikan.

Sekolah Larang Bacaan Doa 1

Manakala pentadbir di sebuah sekolah di Perak pula didapati bersalah berikutan ceramah kursus pendidikan seni visual yang disampaikan sepenuhnya dalam Bahasa Cina oleh penceramah yang melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.

Berikutan dengan kejadian tersebut, KPM telah memberikan peringatan kepada semua sekolah agar mematuhi Akta Pendidikan dan surat-surat siaran yang telah diedarkan.

Jika didapati berlakunya ketidakakuran, KPM tanpa kompromi akan mengenakan tindakan tatatertib atau tindakan lain yang bersesuaian kepada sekolah terlibat.

Sumber: Berita Harian

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2WJ9y4FHd6/