Prof UiTM

“Laptop RM800 Ke Bawah Itu Wujud” – Rupa-Rupanya Ramai Juga Yang ‘Back Up’ Prof UiTM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak tular video profesor UiTM menghina seorang pelajar B40, trafik internet mencanak dengan carian laptop berharga RM800.

Ramai juga pengejar komisyen yang mengambil kesempatan menunggang isu panas ini dengan bertindak pantas share link affiliate produk masing-masing di Facebook.

Tidak kurang juga yang masih sakit hati membuak-buak dan membuat hantaran di Facebook kononnya nak jadi macam Will Smith juga.

Namun, profesor UiTM yang ‘terpaling’ viral selepas Kak Long 7E tersebut didapati turut mempunyai penyokongnya yang tersendiri.

Seorang pengguna Facebook, Nikyakmal Jutsu sempat membuat hantaran yang diiringi dengan satu tangkap layar dari Shopee bersama dengan kapsyen – “Laptop RM800 ke bawah itu wujud”.

Prof UiTM

Seorang lagi pemilik akaun Facebook bernama Zamara Buang turut memuat naik tangkap layar dari sebuah kedai komputer terpakai di Shah Alam yang menawarkan desktop semurah RM399.

Beliau juga sempat memberikan satu teguran pedas yang ditujukan khas buat pelajar B40 tersebut dan juga semua golongan pelajar B40 yang berada di luar sana menerusi hantarannya berikut.

Prof UiTM

Saya jumpa ramai budak/student lelaki yang pikul tanggungjawab. Ramai yang belajar dan juga bekerja di gerai-gerai untuk tanggung keperluan keluarga, pelajaran dan juga diri sendiri.

Mungkin kedengaran Prof tersebut agak loud and out spoken tetapi di dalam usaha saya membantu orang B40, memang betul ramai yang mementingkan kebendaaan dan gaya jika dibandingkan dengan keperluan menimba ilmu.

Bercerita nak beli iPhone Pro Max sebab nak upload TikTok cantik dan gaya hidup mewah, sedangkan saya pun guna hp Samseng!

Gaya sembang mereka ni, bukan sahaja yang dewasa malah anak-anak pun sama.

Malu pula saya nak sembang dengan mereka. Kelihatan saya outdated pun ada terkadang tu.

Berbalik kepada student Sem 5 tu – tidak mempunyai laptop – apa usaha dia???

Come on lah budak lelaki kot!

Betul ada je laptop yang berharga RM800 – maka letakkanlah niat target nak beli.

Pergi kerja di gerai tepi jalan pun RM45-RM50/day. Sebulan 30 hari tapi sebab belajar kita kerja 15 hari campur tolak, RM675-RM750. Tak sampai 2 bulan dah dapat beli!

Tapi kalau kau ada banyak alasan dan tak ada daya usaha – memang patutlah kau mendapat hinaan begitu. Saya tidak sokong hina tetapi terkadang memang kena ada orang yang sedarkan mereka.

Tapi sedar ke?

Kalau sedar tak adalah video tu tersebar..Siapa sebarkan???

Itu lagi satu soalan.

Video itu pendek, dan kita tidak tahu apa cerita sebenar di sebalik cerita yang panjang.

Cuma, saya nak pesan, man act as man!

Jangan lembik!

psst:..

depan mata saya ada 1 student Aviation Courses – belum habis belajar, hari-hari saya nampak dia jadi pembantu gerai sambil on hp atau laptop…makanya????

Jangan buat lecehlah…

Saya pun anak B40, emak bapak saya berhutang, noreh getah dan jual beras Felda untuk sekolahkan saya sampai ke level universiti. Saya pernah kerja KFC, McD even promoter!

Jangan salahkan level B40!

Saya jumpa iklan ni di FB!
Tiada kena mengena dengan saya.

#cikgugarang
#taksukatakapa
#raikanketidaksamaanfikiran

Sumber & kredit foto: Facebook Zamara Buang, Facebook Nikyakmal Jutsu