
Lantang Bersuara Isu Uighur Jadi Punca Penamatan Kontrak Mesut Ozil Bersama Adidas?
Pertengahan Disember lalu, bintang Arsenal berketurunan Turki, Mesut Ozil lantang bersuara menyelar kekejaman yang dilakukan oleh China terhadap etnik Uighur.
Ozil pada ketika itu turut mengkritik negara Muslim yang gagal bersuara menyatakan bantahan terhadap kekejaman berkenaan menerusi satu ciapan di media sosial Twitternya.
BACA: China Batal Siaran Langsung Arsenal Gara-Gara Ozil Sentuh Isu Kekejaman Terhadap Uighur
Gara-gara tegas bersuara membela nasib etnik Uighur pada ketika itu, stesyen penyiaran kerajaan China, CCTV telah menarik balik penyiaran aksi Liga Premier antara Arsenal dan Manchester secara langsung di siaran sukan dan menggantikannya dengan perlawanan rakaman antara Tottenham dan Wolverhampton Wonderes.
Baru-baru ini, Adidas dikhabarkan tidak lagi akan menyambung kontrak jangka panjang bernilai £22 juta bersama Ozil yang sudah menjangkau tempoh tujuh tahun setengah.
Adidas won't be renewing their contract with Mesut Ozil this summer. Ozil's public image is said to be one of the major factors behind Adidas' decision, following a number of controversial incidents in recent years. [@BILD] pic.twitter.com/9yThwv4qGO
— LTArsenal™ (@ltarsenal) June 3, 2020
Penamatan kontrak berkenaan dikatakan mempunyai kaitan dengan beberapa isu kontroversi yang melanda bintang tersebut antaranya beliau secara terbuka lantang bersuara mengkritik kerajaan China berkenaan isu Uighur selain daripada kritikan terbuka kepada penyokong Jerman selepas Piala Dunia 2018.

Dakwaan tersebut kemudiannya dinafikan agen Ozil, Dr. Erkut Sogut yang menjelaskan keputusan tersebut adalah hasil kesepakatan bersama dengan bintang The Gunners itu yang ingin menumpukan perhatian dalam mengembangkan jenama miliknya, M10, produk pakaian sukan berjenama selepas berakhirnya kontrak bersama Adidas pada hujung bulan ini.
Finally 🙌🏼 Our new M10 shop is online now 😎 @M10esports
↪ https://t.co/uMoeF4txRx pic.twitter.com/ByiotvXKix— Mesut Özil (@MesutOzil1088) June 1, 2020
Menurut Sogut lagi, kontrak bersama Adidas menyebabkan Ozil sedikit ‘terikat’ dengan banyak perkara dan memahami perkara tersebut keputusan tersebut diambil selepas perbincangan bersama dilakukan.
“Selepas kontrak ini tamat, Ozil tidak lagi perlu memakai sesuatu hanya kerana mengikut kehendak penaja.
Mungkin beliau akan memakai jenama Puma untuk beberapa hari dan kemudiannya Nike, atau mungkin jenama dari Indonesia atau Malaysia.
Siapa tahu?”
Sumber: Daily Mail, Axello