
Lanjutan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bergantung Kepada Pematuhan Rakyat Sendiri
Hari ini genap tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di Malaysia. Perintah ini merangkumi enam perkara iaitu:
- Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara.
- Sekatan menyeluruh semua perjalananrakyat Malaysia ke luar negara
- Sekatan kemasukan semua pelancongdan pelawat asing ke dalam negara.
- Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.
- Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT).
- Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services).
Menurut laporan, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah ini meningkat daripada 92% kepada 95% kecuali di beberapa daerah antaranya setiap daerah di Johor yang menurun daripada 97.75% kepada 96.07%.
25 Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa perintah kawalan ini telah dilanjutkan sehingga 14 April hadapan bagi memastikan rangkaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan daripada menular dalam skala yang lebih besar.
BACA: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April
Beberapa kawasan di Malaysia telah diumumkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau lebih mudah dikenali sebagai total lockdown antaranya Simpang Renggam, Batu 21-24 Sungai Lui, Hulu Langat dan Menara City One, Jalan Masjid India selepas daripada mencatatkan banyak kes jangkitan positif COVID-19.
https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1876529722480235/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARDpYkVvBDVjBSDnbMnP4BcXqNUpb4eRIqg3Kp5cZlREgfFnhP26pBXvgaZkF6nhxRKvzVvNqrqxxtlrUOVn6AsC7a0lTgPhXa-2M7XjB57OQd0vSHojg69C9vY_jwuQQkgDQnFmUI2Lz7TNgkS7-UmT1F6_HfenfieGuM2mFjS92noVOCaQGDPJfz6kGfWpO-grSN6yg9aE1vRwafO8_a-qPVfOzKWZLi_QoA5Q9dekREUPI2VXV9IEyGe6Y7NMtZqwiAlGLxaO1vMv7OL3fmUASPpB8Z2SUA0yJybiZmvhgKBcuszW0YURp4EOQoulR8dQsIrVx6ev8W–T09769QIwarh&__tn__=-R
Menurut pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkemungkinan besar akan dilanjutkan sehingga dua bulan apabila ada sesetengah rakyat masih lagi mengabaikan penjarakkan sosial serta tidak mengamalkan etika batuk dan bersih yang betul.
Tempoh perintah ini hanya akan tamat apabila kerajaan percaya jangkitan COVID-19 sudah dapat diputuskan daripada menular di Malaysia, dan selagi tahap peratusan kepatuhan rakyat masih rendah maka tidak mustahil ini akan dilanjutkan sehingga ke satu masa lagi.

Masih ada tempoh dua minggu lagi untuk rakyat Malaysia mematuhi secara penuh Perintah Kawalan Pergerakan ini bagi memastikan rangkaian jangkitan benar-benar diputuskan.
Pada hari ini juga, kerajaan akan melakukan Operasi Nyah Cemar yang melibatkan beberapa lokasi titik panas (Zon Merah dan Zon Jingga) dengan bantuan kerjasama daripada beberapa agensi seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal di seluruh negara.
https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1876230455843495/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARDvzQSj6BUnINk5bvptVQWYgRMGzx_CI4nD4zqI_eMLYLKg2yNhxJidhWeKZVcR7gGhR2C9MlbvvRMo1yj8v967tA71QmH-IvwXBSSqBQ7Hy8kAT0Ob9-U73aLqE4xoyCuB207QWoMuXoEoeUtIXdN_KJqBO_zHKSmjaumSBEIpEnDVqq9YdEV_0poLK_YfAdHjqg-43kTd-52YdMn0fPr8e5vHNs-pSbnjQkUrHl-ndd0h-jMyHN_LXHs3joFfMwihusJAdWDWmbBRIyXbdHyWUrYa1Q203ZJLsG0QWqO6pPYmn5fxasmpibUBUvYL1iKIpqpsbbvli4pdrevkXRN5jq5f&__tn__=-R
Di Kedah sahaja, pihak polis telah menahan 149 individu yang ingkar dengan arahan ini sejak mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu, membawa kepada angka 828 individu ingkar secara keseluruhan di Malaysia pada semalam.
Jika anda masih ingkar mematuhi enam perintah ini, anda adalah penjenayah yang boleh dikenakan hukuman denda dan dipenjara di bawah Seksyen 11(4) bersama Seksyen 24(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.
Trending now



