
“Langsung Saya Tak Boleh Brain” – Chef Dedah Ada Harga Barang Naik Hampir 100%!
Mereka yang menjalankan perniagaan restoran atau kedai makan pastinya terasa dengan kenaikan harga barang mentah sejak akhir-akhir ini.
Perkara ini sudah tentunya akan meningkatkan kos dan seterusnya memberi kesan pula kepada keuntungan bersih kelak.
Chef Amer di Facebooknya turut berkongsi kerisauan mengenai hal ini setelah membuat kemas kini harga bahan terkini untuk perniagaannya.
Jom lihat penemuan yang dibuatnya berikut:
Pagi ni saya kemas kini senarai harga bahan untuk bulan Ogos.
Minggu lepas, kami ke pasar, kedai dan pasaraya untuk mencari harga terkini.
Lebih 350 item yang kami kena cari harganya.
Mak aiiii…..
Tertelan air liur bila tengok.
Secara keseluruhan, hampir 15 – 40% naik harganya.
Cili kering naik hampir 100%
Lamb dan Mutton naik 40%
Bahan Tenusu naik 20%
Rempah naik 18%
Sayur naik 15%
Kos yang saya buat 3 bulan lepas, sudah tidak boleh diguna pakai lagi.
Kita sebagai peniaga dan pengeluar, WAJIB buat pengiraan kos bahan berdasarkan harga semasa.
Paling tidak 4 bulan sekali, jika tidak kita akan khayal dan syok sendiri jer.
Dalam pada ini, masih ada lagi peniaga yang suka main harga, campak dan letak harga yang rendah.
Langsung saya tak boleh brain.
Konon untuk bersaing sedangkan itu adalah kerja berbunuhan sesama sendiri namanya.
Pengiraan kos main congak-congak sahaja berdasarkan bahan yang dibeli.
Kos Gas, Kos Pekerja, Kos Utiliti termasuk sewa, bila air, letrik.
Kos Operasi seperti sewa penapis air, sarung tangan, sabun pencuci, alat tulis, apron, servis air con dan lain-lain lagi…
Itu saya tak tanya lagi bil dari Indah Water, bil telefon, petrol, parking, toll, biskut, milo, teh, gula dan susu untuk staff lagi.
Semua tidak dikira sekali.
Sudahnya, berniaga hari-hari, dari pagi sampai ke subuh.
Tetapi… untung entah ke mana.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Tujuan kita berniaga selain nak dapatkan rezeki halal, KEUNTUNGAN BERSIH itu sangat penting.
Bersih di sini membawa maksud keuntungan setelah ditolak semua kos-kos yang sepatutnya ya.
Bila kita dah kira dan melihat keuntungan yang sebenar.
Baru kita tersedar, tengah hari nanti nak pergi makan Nasi Kambing Briyani atau Maggi.
BACA: Syukur! Pelajar IPT Kini Boleh Nikmati Menu Makanan Berkualiti Serendah RM3.50!
Sumber: Chef Amer
Trending now



