
Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Dengan Program Vaksinasi COVID-19 Tanpa Perlu Menggunakan Aplikasi MySejahtera
Setakat 17 Mei 2021, hanya seramai 10.2 juta sahaja rakyat Malaysia yang telah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19. Dari jumlah itu, seramai 1.2 juta sudah divaksinasi.

Masih ramai yang belum mendaftar dengan alasan tidak mempunyai peranti untuk memuat turun aplikasi MySejahtera, tiada capaian internet atau pakej data dan ramai juga yang tidak pasti apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan.
Jom tonton video berdurasi 1 minit di bawah yang menyenaraikan hanya 3 langkah mudah untuk mendaftar dengan program vaksinasi COVID-19, tanpa perlu menggunakan aplikasi MySejahtera.
Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Dengan Program Vaksinasi COVID-19 Tanpa Perlu Menggunakan Aplikasi MySejahtera
1) Layari laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di: www.vaksincovid.gov.my/daftar/
2) Isi butiran peribadi anda dan jawab semua soalan dengan memberikan jawapan ‘Ya/Tidak’.
3) Luluskan bahagian ‘Google ReCaptcha’ dan tekan ‘HANTAR’.
Tahniah! Anda telah berjaya mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19. Satu mesej pesanan SMS akan dihantar dalam jangka masa terdekat sebagai tanda pengesahan.
Lindung diri, lindung semua.
Sumber: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)