Langgar Arahan FIFA, KAFA Positif Akan Dibantu Mahkamah Timbang Tara Sukan 1

Langgar Arahan FIFA Untuk Lunas Gaji Cassio Dalam Tempoh 30 Hari, KAFA Positif Akan Dibantu CAS

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak beberapa tahun belakangan ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berdepan dengan isu tunggakan gaji pemain. Terbaharu, badan tersebut dikatakan telah langgar arahan FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) selepas gagal melangsaikan tunggakan gaji bekas pemain importnya, Cassio Francisso de Jesus yang berjumlah RM629,620.28.

BACA: PSSI Didenda FIFA Susulan Insiden Keganasan Penyokong Garuda Di Stadium Bung Karno

Meskipun gagal melangsaikan dalam tempoh yang diberikan sehingga Sabtu lalu, Pengerusi KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid menjelaskan perkembangan terbaharu daripada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memberikan kelegaan pada pihaknya.

Langgar Arahan FIFA, KAFA Positif Akan Dibantu Mahkamah Timbang Tara Sukan
Sumber: BH

Tetap optimis akan ada ruang untuk penangguhan pembayaran seperti yang dihajatkan, Ahmad Muzakkir memberitahu pihak KAFA sudah melengkapkan segala proses dokumentasi yang diperlukan dan dimaklumkan bahawa CAS pun sudah menerima dokumen yang dikemukakan.

“Kita masih ada peluang dan masa kalau CAS menerima rayuan kita. Selain itu, kita juga mencari alternatif lain di mana kita masih cuba berusaha untuk mengadakan rundingan lagi dengan pihak Cassio.”

Terdahulu, satu tabung telah ditubuhkan untuk menyelamatkan bola sepak Kelantan akan tetap diteruskan dan berharap agar penyokong The Red Warriors yang berkemampuan untuk menyumbang bagi mencapai objektifnya.

Memberi respon mengenai isu ini, bekas kapten, Mohd Badhri Radzi meminta agar KAFA bersikap adil dalam menangani isu tunggakan gaji pemain yang terut membelit kelab tersebut sejak beberapa tahun belakangan ini dengan tidak membelakangkan pemain tempatan yang sehingga ke hari ini masih menanti tunggakan gaji masing-masing meskipun sedar kelab itu dihimpit masalah kewangan susulan daripada penularan pandemik COVID-19.

KAFA langgar arahan FIFA yang mengarahkan agar tunggakan gaji Cassio dilunaskan dalam tempoh 30 hari selepas menerima laporan daripada bekas pemain import kelab tersebut.

Jika gagal, kes tersebut akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FIFA dan bakal berdepan penggantungan sama seperti apa yang berlaku kepada pasukan Perlis.

Sumber: Sinar Harian, Football Tribe