Lancar Dan Jelas, Cabaran Ucapan 2 Minit PM New Zealand Sempena Ulang Tahun Ke-2 Pentadbiran Pukau Netizen

Beberapa hari lalu, tular mengenai Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang menyahut cabaran menyampaikan ucapan mengenai pencapaian kerajaan di bawah pentadbirannya dalam video berdurasi dua minit.

Video tersebut dirakam bersempena dengan ulang tahun kedua beliau mentadbir New Zealand di atas cabaran pasukannya.

Ucapan 2 Minit Perdana Menteri New Zealand

Dicabar melakukannya dalam masa kurang dua minit, namun Jacinda hanya mampu menyelesaikannya dalam masa dua minit 56 saat. Walaupun begitu, ianya tetap sesuatu yang boleh dibanggakan.

Antara yang tersenarai dalam ucapannya ialah kejayaan pasukan pentadbirannya mewujudkan dasar termasuklah menyediakan 92,000 peluang pekerjaan, peningkatan penjagaan penyakit kanser dan membina lebih banyak bilik darjah untuk kegunaan pendidikan.

Video yang dimuat naik di laman Facebooknya pada 2 November lalu sehingga kini telah dikongsi sebanyak 52,000 kali dan disukai oleh 57,000 pengguna.

Tonton video penuh di pautan bawah:

To mark two years in Government, I was issued a wee challenge…

Posted by Jacinda Ardern on Friday, November 1, 2019

 

Antara manga paling laris dan lama di dunia.

ONE PIECE : Manga Paling Laris

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI