
Lambakan Bengkung Tiruan Punca Sajat Kerugian Ratusan Ringgit
Usahawan kosmetik kontrovesi, Nur Sajat Kamaruzzaman mendakwa syarikatnya kerugian sehingga ratusan ribu ringgit akibat daripada tiga produk keluarannya diplagiat pihak tidak bertanggungjawab.
Susulan daripada kejadian itu, stokis dan ejen produknya tidak dapat menjual produk tersebut sebanyak dahulu (20,000 unit sebulan) kerana mendapat persaingan yang sengit daripada produk sama tetapi berjenama tiruan yang dikeluarkan dengan jumlah 15,000 unit setiap bulan.
Produk Lets’s Bengkung Diamond Gold yang tulen dijual dengan harga RM139.90 manakala produk tiruan dijual antara RM30-RM90, jauh berganda lebih murah daripada yang asal. Antara platform penjualan haram yang didapati menjalankan operasi adalah bazar, laman sosial, Shopee dan Lazada.
Selepas membuat aduan di Pejabat Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Sajat memaklumkan bahawa pengguna yang menggunakan produk tiruan terdedah kepada bahaya kecederaan seperti badan dicucuk besi yang terkeluar dari jahitan.
Beliau turut memberikan amaran kepada mereka yang melakukan pelanggaran tersebut supaya menghentikannya jika tidak mahu berdepan dengan undang-undang selain daripada menekankan bahawa kotak, logo, jahitan, tulisan, tag dan kain adalah amat berbeza dengan yang tulen.
KPDNHEP yang akan menyiasat kes ini di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 memberitahu pada 2 Mei lalu, pihak mereka bersama pihak Nur Sajat telah melakukan dua serbuan di Sungai Udang, Klang dan Jalan Chow Kit.
Awal Jun lalu, seorang doktor muda, Aush Abdul telah mendedahkan bahawa pemakaian bengkung dalam tempoh masa yang lama membawa bahaya kepada pemakainya.
Baru2 ni aku ada perasan tweet pengasas bengkung masuk hospital dan org cakap sebab pemakaian bengkung/corset. Nak tahu betapa bahaya pemakaian corset/bengkung kerengga keatas badan korang?
Ini adalah thread: pic.twitter.com/6NK9oG5dw8— Aush (@aushabdul_) June 11, 2019
Ianya bukan sahaja menyebabkan keradangan pada kulit, rasa pedih ulu hati, ketidakhadaman, pernafasan yang terganggu, lebam dan kebas tetapi turut memberikan kesan kepada psikologi pemakai yang akan merasa ‘tidak cantik dan gemuk’ apabila tidak menggunakan bengkung.
Sumber: Harian Metro
Trending now



