Lambaian Terakhir Rayhan Kabir, Diusir Keluar Malaysia Secara Rasmi Tanpa Didakwa 1

Lambaian Terakhir Rayhan Kabir, Diusir Keluar Malaysia Secara Rasmi Tanpa Didakwa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lambaian terakhir Rayhan Kabir sebelum diusir keluar dari Malaysia.

Lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditangkap susulan kenyataan bercanggah dalam dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ terbitan Al Jazeera secara rasminya telah diusir keluar jam 11 malam semalam.

Beliau yang pada awalnya dijangka akan dihantar pulang seawal 31 Ogos depan dibawa ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam sembilan malam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Rayhan yang berbaju kemeja membawa sebuah beg sandang sempat melakukan lambaian terakhir dan menunjukkan isyarat bagus kepada kumpulan media yang hadir sebelum dibawa masuk ke kaunter imigresen.

Lambaian Terakhir Rayhan Kabir, Diusir Keluar Malaysia Secara Rasmi Tanpa Didakwa

Selepas pengusiran ini, Rayhan akan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Menaiki penerbangan Malaysia Airlines ke Dhaka, Bangladesh, Rayhan dihantar pulang tanpa sebarang pendakwaan sebaik keputusan saringan COVID-19 beliau selesai.

BACA: Keluarga Lantik Peguam, Rayhan Kabir Percaya Semua Pendatang Dan Bangladesh Bersama ‘Perjuangannya’

Petang 24 Julai lalu, lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir, 25 tahun yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) susulan kenyataan bercanggah yang dibuat semasa temu bual dengan media Al Jazeera berjaya ditahan di sebuah kondominium di Jalan Pahang selepas risikan dan buruan Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya selama dua minggu.

Rayhan Kabir kemudiannya mendakwa beliau tidak menipu mahu pun melakukan kesalah jenayah dalam temu bual tersebut dan hanya bercakap mengenai diskriminasi yang berlaku kepada kelompok Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia.