Wakanda Dalam Senarai Rakan Dagang AS

Laman Rasmi Amerika Tak Sengaja Senarai Negara Wakanda Sebagai Rakan Dagang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Wakanda adalah sebuah negara kecil yang terletak di bahagaian timur benua Afrika dan tidak dimiliki oleh kuasa-kuasa Eropah. Negara ini diperkenalkan dalam filem siri adiwira Marvel, Black Panther (2018). Dengan sumber semula jadi dan sistem politik pribumi membolehkan negara itu berkembang maju dengan teknologi, infrastruktur dan sebagainya.

Wakanda Dalam Senarai Rakan Dagang AS
Sumber: Teen Vogue

Namun, tular di media sosial dikatakan negara fiksyen itu wujud dalam senarai laman rasmi Amerika Syarikat. Seorang jurutera perisian yang berpangkalan di New York, Francis Tseng yang sedang mencari data berhubung tarif pertanian Amerika Syarikat, menyedari negara Wakanda dalam senarai itu lalu memuat naik di akaun Twitternya.

“Saya sangat keliru pada awalnya. Saya awalnya terlupa tentang negara itu dalam filem dan memikirkan sesuatu yang lain,” ujar Francis.

Bagaimanapun, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) telah memadam nama negara rekaan itu daripada dalam senarai atas talian negara-negara yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan Negara Uncle Sam itu.

Sebelum ia dipadamkan, Francis sempat memuat turun senarai Excel yang menyenaraikan kod-kod tarif bagi pelbagai barangan yang didagangkan antara Amerika Syarikat dan negara Wakanda termasuk haiwan ternakan, barangan tenusu, tembakau dan alkohol.

Wakanda Dalam Senarai Rakan Dagang AS
Sumber: Twitter

Dilaporkan, tiada maklum balas segera diberikan opeh pihak USDA berkenan perkara itu. Namun, jurucakapnya memberitahu The Washington Post bahawa kemasukan Wakanda, negara mitos dari dunia adiwira Marvel itu, adalah satu kesilapan, dan sebahagian daripada ujicuba rasmi.

Sumber: BBC