IPU Jerebu Malaysia 1

Laksana Dasar Bekerja Dari Rumah Jika IPU Lebih 200 – KBS

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sehingga jam 9 pagi tadi, kebanyakan kawasan di Malaysia masih berada di zon kuning kecuali di Balik Pulau (Pulau Pinang) dan di Sarawak iaitu Mukah, Sibu, Sarikei, Sri Aman, Samarahan dan Kuching yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 200.

IPU Jerebu Malaysia

Disebabkan hal itu, Kementerian Belia dan Sukan merancang akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah sekiranya bacaan IPU melebihi 200. Syed Saddiq berkata kementerian akan mengedarkan pekeliling bagi memastikan dasar tersebut dapat dilaksanakan berikutan ramai kakitangan KBS bertugas di luar dan terdedah kepada bahaya jerebu.

Pekeliling ini akan dilaksanakan oleh pegawai dan staf dengan budi bicara ketua jabatan yang akan memantau kualiti dan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

Daripada sisi Kementerian Pendidikan pula, menterinya, Dr Maszlee Malik telah mengarahkan hampir/lebih 1,500 buah sekolah di Malaysia ditutup. Beliau di akuan Facebooknya turut berkongsikan mengenai Prosedur Operasi Penutupan Sekolah berikutan masalah jerebu, antaranya guru tidak diwajibkan hadir ke sekolah dan cuti yang diambil tidak perlu diganti kerana dikategorikan sebagai bencana.

https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3134142873323631/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAHTs3mY6Stp9wRvIpXGZY5DPJZgPBoz1gr6SNxhaUamywNw2aOvgZMaLjE5bm0u-znWtLmkHoSJyimAVfXX46WzFazWDZ5-OXV3c1VYENfFA3OqqtMwIWzrAhY8KW9g4bJzNRLnxYiNpdaI_O32fi3vPhNjDu2D9Z0qQhH0bqktNyfbnlaiyfvjX0xzJtb9E_siI_10hBPj7dWBSgkTuobLz5cbKl1hM_LW603Qyz-AHozB2gVGFmM_CNUfbf9xAvb0VCFwTaXwH05Bh-T0r91rJBhrQrOMotMY6s_RE3U5AtbOOI4N74uC9_9XZTxxOdETNkGLcAF7so0FrbzSdm2CQ&__tn__=-R

Sumber: Berita Harian

The Boys papar siri adiwira gelap.

Jom Tonton Siri Baru – The Boys

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.