Lagu Mesaytara Punca Penceraian

‘Lagu Sumpahan’ – Banyak Kes Penceraian Berlaku Hanya Kerana Sebuah Lagu Tular Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bagi yang biasa meluangkan masa di aplikasi TikTok, pasti pernah lalu di ‘for your page’ anda video-video yang berlatarkan bunyi sebuah lagu berjudul Mesaytara.

Menjadi satu norma baharu di dalam kehidupan masyarakat kini, apabila sesuatu perkara mula trend, ramai turut ingin mengikuti dan meniru trend tersebut tanpa berfikir sama ada ia bakal mendatangkan kebaikan atau sebaliknya.

Berlaku di luar negara yang mana beberapa kes penceraian terjadi hanya kerana memuat naik video pasangan dengan latar lagu Mesaytara.

Di Syria, seorang wanita diceraikan suaminya gara-gara merakam suami yang sedang mencuci pinggan untuk dimuat naik di aplikasi TikTok.

Media melaporkan, rakaman video itu menggunakan latar lagu Mesaytara yang mana apabila diselidik lirik lagu tersebut, ia memberi gambaran seolah-olah lelaki berada di bawah kawalan isteri.

Lagu Mesaytara telah dianggap sebagai lagu sumpahan kerana ini bukan kes pertama berlaku gara-gara sebuah lagu.

Di Iraq dan Jordan juga berlaku kes penceraian yang hampir sama apabila si isteri merakam suami membantu melakukan kerja rumah untuk dimuat naik ke TikTok.

Januari lalu, sebuah majlis perkahwinan di Baghdad juga berakhir dengan penceraian ketika dalam majlis berlangsung apabila isteri memilih lagu Mesaytara untuk diperdengarkan khalayak.

Lagu Mesaytara Punca Penceraian

Lagu berbentuk provokasi ini merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Syria, Lamis Khan.

Perkataan ‘mesaytara’ apabila diterjemahkan membawa maksud ‘Saya dominan’ yang mana liriknya memberitahu si isteri paling berkuasa dan mampu mengawal serta tundukkan suami.

Pastinya, si suami berasa malu dan tercabar seolah-olah mereka penakut sehingga mengikut telunjuk isteri lebih-lebih lagi apabila dimuat naik di aplikasi yang menjadi tumpuan untuk berhibur.

Justeru, berhati-hatilah dengan penggunaan media sosial masing-masing agar tidak menimbulkan fitnah kepada diri sendiri dan orang lain.

Sumber: Gulf News