Lagu Sekarang Terlalu Kejar Pendengar Hingga Kurang Kreatif, Tiada Eksperimen – M. Nasir

Pernah digam daripada radio dan televisyen pada tahun 1996 kerana pertanyaan ‘siapa Mahathir?‘, sebut sahaja M. Nasir semua sedia maklum dengan kehebatan bakat komposer dan penyanyi lagenda Malaysia ini.

Lebih 40 tahun berkecimpung dalam industri muzik negara, M. Nasir yang mesra dengan gelaran sifu berjaya membina kumpulan pengikut setianya sendiri.

Awal November tahun lalu, M. Nasir pernah mengeluarkan kenyataan bahawa lagu-lagu yang tular kini sedikit sebanyak telah mengganggu seniman yang serius untuk berkarya.

Lagu-lagu seperti ‘Pan Pineapple Apple Pan’ yang berjaya meraih perhatian pendengar memang mudah untuk diterima namun keadaan tersebut agak mengecewakan bagi seniman industri seni muzik.

Lagu Sekarang Kejar Pendengar M. Nasir 2

Tidak nafikan dalam zaman yang semuanya bertumpu pada internet dan media sosial, komposer lama berdepan cabaran besar dalam menyesuaikan diri mengikut peredaran semasa yang semakin berubah.

Beliau turut memberitahu situasi lagu sekarang yang terlalu mengejar pendengar sehingga menjadikannya kurang kreatif dan tiada lagi eksperimen dalam berkarya.

Tidak dinafikan ada yang ‘melompat’ apabila mendengar penyataan beliau namun inilah hakikat yang perlu kita terima. Apabila menyebut soal pendengar, sebenarnya ia turut merujuk kepada lagu yang diputarkan radio yang mana radio hanya akan mendengar permintaan pendengar dan tidak lagi mengejar kualiti.

Lagu Sekarang Kejar Pendengar M. Nasir

Ini kerana lebih ramai pendengar, maka pasaran lagu akan menjadi lebih luas yang membawa kepada lebih banyak iklan. Populariti lagu turut melihat kepada bilangan pengikut penyanyi di media sosial, ada antaranya yang berbakat namun tidak diendahkan gara-gara bilangan pengikut mereka tidak mencapai sasaran.

Antara isu yang timbul daripada lagu-lagu tular ini ialah temanya yang semuanya berkisarkan mengenai hal yang sama: CINTA, SAYANG, RINDU, KECEWA dan sebagainya. Terlalu jarang lagu-lagu yang dihasilkan kini tidak menggunakan perkataan tersebut, seolah-olah dunia ini hanya berkisarkan perihal yang itu sahaja. Unsur alam, unsur mesej kesedaran sudah tidak lagi dipromosikan dalam lagu.

Jika anda kata M. Nasir pukul rata semua aliran muzik, anda salah. M. Nasir menghargai sesuatu yang mempunyai nilai seni dan bukannya lagu yang hanya sekadar lagu. Lihat sahaja artis di bawah rumah naugan beliau, Luncai Emas.

Pokok pangkalnya, semua berbalik semula pada kita kerana kita adalah pendengar yang menentukan semuanya.

 

Lagenda tiada ganti.

P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.