Lagu Red Velvet, Zimzalabim Hiasi Filem Animasi Trolls World Tour

Trailer Trolls World Tour

Universal Pictures telah berkongsi trailer terbaharu untuk sekuel filem dari studio animasi DreamWorks, Trolls World Tour.

Dalam sekuel kali ini, Poppy (Anna Kendrick) dan Branch (Justin Timberlake) baru sahaja mengetahui bahawa terdapat enam suku troll yang hidup di dunia ini, termasuk mereka. Enam suku troll ini dikhususkan untuk enam jenis muzik yang berbeza iaitu Funk, Country, Techno, Klasik, Pop, dan Rock.

Dari suku troll yang beraliran Hard-Rock, Queen Barb, dengan bantuan ayahnya King Thrash, ingin menguasai dunia dengan menghancurkan semua jenis muzik lain untuk membiarkan rock berkuasa.

Mengetahui keadaan itu, Poppy dan Branch, bersama beberapa rakan mereka mula mengembara ke tanah muzik lain untuk menyatukan Troll secara harmoni untuk melawan Barb.

Trailer Trolls World Tour

Menariknya, dalam trailer ini turut menyelitkan babak sekumpulan wanita Troll menggelar diri mereka dari kumpulan K-pop cuba menentang kejahatan Barb. Mereka menyanyi dan menari salah satu lagu popular kumpulan Red Velvet berjudul Zimzalabim. Kelihatan juga kelompok Troll mewakili ciri setiap anggota Red Velvet.

Turut bersama dalam filem ini adalah Kelly Clarkson, James Corden, Caroline Hjelt sebagai Chenille, Aino Jawo, Ron Funches, Kunal Nayyar serta beberapa pelakon lain.

Filem Trolls World Tour akan berada di pawagam pada 12 Mac 2020. Tonton dahulu trailernya di sini.