Wanita Selamat Pasang Lagu Metallica 2

Lagu Metallica Selamatkan Wanita Daripada Jadi ‘Makanan’ Puma

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kumpulan Metallica merupakan satu kumpulan muzik heavy metal masyarakat Amerika yang dibentuk pada tahun 1981 di Los Angeles, California. Sudah mengeluarkan sembilan album studio, dua album live, dua Estended Play (EP), dua puluh dua video muzik dan empat puluh tiga single.

Pada September 2008, Metallica merupakan artis kelima tertinggi dalam penjualan muzik sejak bermulanya era SoundScan dengan jumlah jualan album sebanyak lebih 51 juta (51,136,000) dan mengekalkan populariti sehingga kini.

Wanita Selamat Pasang Lagu Metallica 1

Menampilkan tempo yang pantas, instrumental, muzik agresif serta heavy, siapa sangka muzik kumpulan ini ditakuti oleh binatang buas?

Seorang wanita Kanada, Dee Gallant berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa habuan seekor puma dengan memasang lagu Don’t Tread On Me, salah satu lagi hit Metallica pada tahun 1991.

Beliau yang bersiar-siar dengan anjing peliharaan baka Huskynya mengesan bahawa ada seekor puma yang mengekori mereka. Pada awalnya, beliau tidak merasa takut namun apabila bintang buas tersebut tidak beredar, beliau mula terasa panik.

Wanita Selamat Pasang Lagu Metallica 3

Walaupun sudah menjerit, binatang buas tersebut hanya berhenti bergerak dan tidak berpaling. Akhirnya beliau memilih untuk memainkan lagu yang paling bising yang beliau miliki daripada ‘kumpulan paling bising’ iaitu Metallica sebagai amaran dan rayuan halus untuk binatang tersebut meninggalkan mereka.

Sejurus selepas not pertama lagu, puma tersebut bergegas melarikan diri ke dalam semak. Kejadian tersebut menyebabkan beliau memasang lagu tersebut di sepanjang perjalanan pulang ke rumah sebagai langkah keselamatan.

Wanita Selamat Pasang Lagu Metallica

Berkongsi mengenai pengalamannya, wanita tersebut memberitahu beliau teringin mahu menghubungi James Hetfield bagi mengucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkan nyawanya dengan lagunya.

Jadi selepas ini, bolehlah mula simpan satu lagu genre heavy metal di telefon anda sebagai langkah berjaga-jaga. Sebelum itu, apa kata dengar dahulu lagu yang sudah menyelamatkan beliau menjadi santapan harimau bintang tersebut.

Sumber: Newsweek

Tak cukup Malaysialah anda kalau tak pernah rasa keropok durian lejen ini.

Mat Salleh elak makan keropok Durian

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.