Lagu ‘Gloomy Sunday’ Diharamkan Selepas Disyaki Jadi Punca Ramai Pendengar Mencabut Nyawa Sendiri 4

Lagu ‘Gloomy Sunday’ Diharamkan Selepas Jadi Punca Ramai Pendengar Mencabut Nyawa Sendiri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lagu Gloomy Sunday diharamkan selepas didakwa jadi punca ramai pendengar mencabut nyawa mereka sendiri.

Isu masalah mental bukanlah satu isu baharu yang berlaku dalam masyarakat. Setelah beratus tahun lamanya, akhirnya masyarakat mula secara terbuka ‘menerima’ bahawa penyakit mental bukanlah satu penyakit yang dibuat-buat oleh penghidapnya.

Ditambah dengan wabak pandemik COVID-19 ini, ramai yang mengalami tekanan perasaan disebabkan terpaksa kekal berada di rumah susulan perintah berkurung yang dijalankan.

BACA: Misteri Di Sebalik Bunyi Mengilai Dalam Lagu ‘Menanti Kekasih’

Tahukah anda, ada sebuah lagu yang diharamkan selepas didakwa menjadi punca ramai pendengarnya mencabut nyawa mereka sendiri?

Lagu Gloomy Sunday yang ditulis dua lelaki dari Hungary iaitu Rezso Seress dan Laszlo Javor, dinyanyikan oleh Billie Holiday telah dilancarkan pada tahun 1933 mengisahkan mengenai seorang lelaki yang kehilangan kekasihnya kerana meninggal dunia.

Lagu ‘Gloomy Sunday’ Diharamkan Selepas Disyaki Jadi Punca Ramai Pendengar Mencabut Nyawa Sendiri 2
Reszao Seress
Lagu ‘Gloomy Sunday’ Diharamkan Selepas Disyaki Jadi Punca Ramai Pendengar Mencabut Nyawa Sendiri 1
Laszlo Javor di sebelah kiri.

Untuk pengetahuan anda, cerita di sebalik lagu ini ada beberapa versi, antaranya:

  1. Kekasih Laszlo mencabut nyawanya sendiri selepas lagu Gloomy Sunday diterbitkan.
  2. Lagu Gloomy Sunday merupakan lagu putus cinta Reszo yang kecewa selepas mendapati kekasihnya mencabut nyawanya sendiri dengan meminum racun dan hanya meninggalkan sekeping kertas yang ditulis Gloomy Sunday.
  3. Lagu yang ditulis Reszo kerana gagal menjadi penulis lagu semasa tinggal di Paris selepas kekasihnya sering mendesak Reszo untuk mencari kerja tetap dan akhirnya meninggalkannya.

Selepas tiga tahun dilancarkan iaitu pada 1936, banyak laporan yang mengatakan ramai yang mencabut nyawa mereka sendiri selepas mendengar lagu Gloomy Sunday.

Pada Mac 1936, 17 kes dilaporkan dan dua daripadanya dikatakan menembak diri mereka sendiri semasa sebuah kumpulan menyanyikannya di sebuah majlis. Malah ada juga yang dilaporkan lemas dengan memegang nota lagu ini.

Lagu ‘Gloomy Sunday’ Diharamkan Selepas Disyaki Jadi Punca Ramai Pendengar Mencabut Nyawa Sendiri 3
Billie Holiday yang menyanyikan lagu Gloomy Sunday.

Dikategorikan sebagai lagu suicidogenic, lagu Gloomy Sunday merupakan salah satu lagu yang disebut sebagai satu bentuk seni yang digelar seni bunuh diri.

Mungkin kerana liriknya yang terlampau real, ianya memberikan kesan kepada emosi kepada mereka yang mendengarkannya dan ini dibuktikan dalam bidang psikologi sendiri.

Petikan lagu Gloomy Sunday yang diharamkan.

Sunday is gloomy, my hours are slumberless
Dearest, the shadows, I live with are numberless
Little white flowers will never awaken you
Not where the black coach of sorrow has taken you
Angels have no thought of ever returning you
Would they be angry if I thought of joining you?
Gloomy Sunday

Gloomy is Sunday, with shadows I spend it all
My heart and I have decided to end it all
Soon there’ll be candles and prayers that are sad, I know
Let them not weep, let them know that I’m glad to go
Death is no dream, for in death I’m caressing you
With the last breath of my soul, I’ll be blessing you
Gloomy Sunday

Sumber:

  1. David Lester
  2. The Sun UK
  3. Aqil Syakir