Lagu Kanak-Kanak ‘Ba Ba Black Sheep’ Kritik Sistem Kritik Ketidakadilan Sistem Kelas Masyarakat 3

Lagu ‘Ba Ba Black Sheep’ Kritik Ketidakadilan Sistem Kelas Masyarakat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Siapa sangka lagu kanak-kanak Ba Ba Black Sheep yang boleh dikatakan dekat dengan jiwa kita rupanya ada sejarah hitam.

Sering jadi halwa telinga sejak dari kecil, pernah anda terfikir mencari sejarah di sebalik lagu lejen ini?

Lagu Ba Ba Black Sheep sebenarnya dihasilkan sebagai protes kepada sistem cukai bulu kambing yang dikenakan Raja Edward bagi membiayai perang menentang pemberontakan di Wales.

Menyentuh sistem kelas pada zaman tersebut, lirik

one for the master, and one for the dame and one for the little boy who lives down the lane

mengkritik harta rakyat yang dibahagikan kepada semua kelas; master (Raja Edward I), deme (tuan tanah) dan little boy who lives down the lane (harta rakyat).

BACA: Lagu Sekarang Terlalu Kejar Pendengar Hingga Kurang Kreatif, Tiada Eksperimen – M. Nasir

Lagu Ba Ba Black Sheep ini turut digunakan oleh golongan anti-peghambaan di England pada kurun ke-18 dan di Amerika Syarikat semasa era sebelum Perang Saudara.

Pada asalnya, lagu Ba Ba Black Sheep tidak memiliki melodi namun pada tahun 1740, lagu ini menerima melodinya berdasarkan lagu rakyat Perancis, Ah! Vous dirai-je, maman dan muzik diolah oleh Mozart pada 1781.

Daripada penghasilan lagu ini dapat kita lihat kreativiti masyarakat pada zaman dahulu dalam menyampaikan suatu pendapat atau kritikan kepada situasi-situasi yang mereka alami.

Biarpun sudah dua setengah abad dihasilkan, lirik lagu kanak-kanak ini tidak banyak yang berubah. Biarpun kini dikenali sebagai nursery rhymes, lagu Ba Ba Black Sheep ini banyak digunakan dalam sastera dan budaya popular sebagai kiasan.

Lagu Kanak-Kanak ‘Ba Ba Black Sheep’ Kritik Sistem Kritik Ketidakadilan Sistem Kelas Masyarakat 2
Sumber: e Inspired

Lirik penuh lagu Ba Ba Black Sheep sebelum di ubah:

Bah, Bah, a black Sheep,
Have you any wool?
Yes old mate i have
Three bags full,
Two for my master,
One for my dame,
None for the little boy
That cries in the lane