Lagi Konten Mengarut, YouTuber Bergurau Kenakan Rakan Dengan ‘Prank’ Tangkap Basah 2

Lagi Konten Mengarut, YouTuber Bergurau Kenakan Rakan Dengan ‘Prank’ Tangkap Basah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lagi konten mengarut, YouTuber bergurau kenakan rakan dengan prank tangkap basah.

Budaya prank atau gurauan yang dimulakan di Barat dilihat semakin menular di serata dunia, termasuklah di Malaysia.

Mungkin menganggap ianya sebagai gurauan, semakin banyak pencipta kandungan di media sosial menjadikan prank sebegai tema kandungan bagi ‘melariskan’ jumlah tontonan.

Yang terkini, seorang lagi YouTuber menimbulkan kemarahan netizen apabila tampil dengan konten prank tangkap basah.

Lagi Konten Mengarut, YouTuber Bergurau Kenakan Rakan Dengan ‘Prank’ Tangkap Basah 1
Sumber: YouTube Ammar Nazhan

Melihat pada ruangan komen di video berkenaan, seakannya ramai penonton adalah terdiri daripada pelajar sekolah.

Sebelum ini, YouTuber yang sama pernah ditegur aktivis sosial, Akhi Fairuz berkenaan pakaian talent dalam videonya yang dilihat kurang bersesuaian dengan khalayak penontonnya yang terdiri daripada pelajar sekolah.

Jika sebelum ini, seorang YouTuber dan rakannya yang menghasilkan video prank memukul orang awam sudah dikenal pasti oleh pihak polis kerana ia merupakan jenayah yang termaktub dalam Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan ‘menakutkan secara jenayah’.

Mangsa-mangsa boleh membuat laporan polis mengenai tindakan YouTuber ini.

Menurut beliau lagi, kita boleh menakutkan atau melakukan prank tetapi tidaklah dengan perbuatan jenayah seperti menakutkan dengan lagak ingin memukul, serangan dengan senjata, membunuh atau merogol.

Dalam satu permohonan maaf, YouTuber yang dikenali sebagai Mizan Majid itu menjelaskan video prank berkenaan dibuat adalah untuk tujuan eksperimen sosial bagi melihat reaksi orang ramai.

“Kami mohon maaf dan tahu prank macam tu bukan budaya orang Malaysia dan orang Melayu kita. Harap kau orang maafkan kita orang. Iyalah, semua manusia melakukan kesilapan.

Tujuan kami buat video pada jam tiga pagi ini semata-mata untuk bagi kau orang faham yang kami bukan saja-saja nak menganiaya orang.”

Baca lanjut di: ‘Prank’ Acah Pukul Orang Sebenarnya Perbuatan Jenayah, Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang