
Lagi Gelagat Warga Singapura Isi Minyak Di Malaysia Buat Netizen Berang
Bagi anda yang sudah selalu pergi ke shopping mall untuk melepak bersama rakan rakan, mesti anda sudah bosan dan tercari – cari tempat baru untuk bergembira kan? Jangan risau! Makanlena ada 5 aktiviti nak dikongsikan bagi mereka yang inginkan kelainan di Kuala Lumpur dan Selangor. 5 aktiviti ini sudah tentu menjadi pilihan anda.
1. Bubble Sports
Bubble ini bukanlah bubble kecil yang kita selalu tiup – tiup dan pecah tu. Bubble ini ialah bubble ball yang sangatlah besar sehingga dapat menutupi hampir seluruh badan kita. Bubble Sports MY di Kuala Lumpur menyediakan 3 jenis permainan termasuklah Bubble Football, Bubble Rugby dan Tower Defence. Bagi Bubble Football, anda boleh sahaja menolak rakan rakan anda menggunakan badan bubble ball anda untuk mendapatkan gol. Bila lagi nak guling gulingkan kawan – kawan rapat anda tu kalau bukan di Bubble Sports MY?
2. Skywarrior Rainforest Challenge
Anda pasti tahu tentang rancangan “American Ninja Warrior”, sebuah rancangan di mana peserta perlu melepasi halangan yang mencabar secepat mungkin. Bila kita tonton rancangan itu nampak mudah je, kini anda dan rakan – rakan boleh merasai sendiri kepayahan mereka di Skywarrior Rainforest Challenge di Putrajaya!
p/s: Jangan lupa bawa baju lebih takut basah lencun kalau jatuh nanti hehe
3. Flying Fish
Suka aktiviti air tapi dah bosan dengan banana boat? Flying Fish yang terletak di Asian Water Sports Village di Puchong sudah pasti dapat memuaskan hati anda. Bila bot dah start enjin, anda memang kena tawakkal dan pegang erat pada handle yang disediakan. Aktiviti ini sangat sesuai untuk dilakukan bersama rakan – rakan kerana ia dapat menerbangkan 3 orang dalam satu masa.
4. White Water Rafting
White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu merupakan sukan air yang membolehkan anda dan rakan – rakan menyelusuri Sungai Selangor dengan cara yang mencabar. Aktiviti ini mengambil masa 3 hingga 4 jam untuk tamat dan tahap kederasan air akan sering berubah dari gred 2 hingga ged 4. Bagi yang tidak tahu berenang, jangan risau kerana anda akan dibekalkan dengan jaket keselamatan dan seorang perakit profesional bersama anda.
5. Caving Tour
Tidak perlu fikir jauh jauh jika anda ingin mencuba menerokai gua bersama rakan rakan. Dark Cave yang terletak di Batu Caves dapat memenuhi hasrat anda. Cabaran yang berdurasi hampir 3 jam ini dilabelkan sebagai ekstrem apabila anda perlu merangkak di beberapa bahagian gua dan menerokai keadaan gua yang gelap dan sempit.