Koon Yew Yin

Label Kerja Anggota Tentera Hanya Makan Dan Tidur, Koon Yew Yin Tampil Mohon Maaf

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Truffle putih luar biasa seberat 850 gram di wilayah Alba, Itali berjaya dibida dengan harga €85,000 kepada seorang pembeli daripada Hong Kong yang tidak mahu dikenali. Beliau sanggup membayar hampir 30 kali daripada harga pasaran biasa menjadikan harga segram truffle bernilai €100!

BACA: Ini Kulat Paling Mahal Di Dunia

Bidaan selama dua bulan ini telah menjadi sebahagian daripada aktiviti pameran truffle yang sudah berlangsung selama 88 tahun. Pada tahun ini, lokasi pameran adalah di Hong Kong; tempat asal pembeli truffle €85,000 ini.

Pameran ini yang juga merupakan acara bidaan amal menjadikan faktor harga truffle ini lebih tinggi daripada harga pasaran biasa. Kerana pada kebiasaannya, harga untuk 100 gram truffle ialah sekitar €350. Dan mengikut daripada pasaran truffle, semakin besar saiznya semakin berhargalah kulat tersebut.

Truffle Putih Lelong

2018 merupakan tahun tuaian yang baik sama ada dari segi kualiti dan kuantiti truffle jika dibandingkan dengan tahun 2017. Cuaca hujan pada Julai hingga Ogos 2018 memberikan air yang cukup, bersesuaian dengan habitat truffle jika dibandingkan dengan musim 2017 yang mengalami musim kemarau.

Sekiranya pameran ini dilakukan di Malaysia, agak-agak ada yang sanggup membeli?

Sumber: The Japan Times