
‘L.U.C.A.: The Beginning’ Penuh Aksi, Gandingan Mantap Kim Rae-Won dan Lee Da-Hee
‘L.U.C.A.: The Beginning’ Penuh Aksi, Gandingan Mantap Kim Rae-Won dan Lee Da-Hee
BACA: Shin Min Ah & Kim Seon Ho Bakal Bergandingan, Peminat Tak Sabar Tunggu Drama Pasangan Lesung Pipit
Mula ditayangkan pada 1 Februari lalu, siri drama pendek dengan genre jenayah, fiksyen misteri dan suspen gandingan Kim Rae-won dan Lee Da Hae ini menjadi tumpuan kerana semakin menarik dan mendebarkan seiiring dengan perjalanan dan perkembangan plot.
Mengisahkan mengenai Ji Oh (Kim Rae-won) yang mempunyai kuasa istimewa tetapi tidak mengetahuinya telah dikejar beberapa individu misteri.
Cuba mencari jawapan kepada persoalan yang melingkunginya, Ji Oh bertem Goo-reum (Lee Da-hee) yang bekerja sebagai detektif yang teguh dengan pendiriannya.
Dijangka tamat pada 9 Mac akan datang, siri drama ini diarahkan oleh Kim Hong Seon, pengarah sama yang akan mengarahkan drama remake popular Sepanyol, Money Heist dan beberapa drama dan filem thriller popular seperti Voice (2017), The Guest (2018), Black (2017), Metamorphosis (2019).
Selain daripada filem ini, anda juga boleh tonton siri televisyen The School Nurse Files lakonan Jung Yu-mi dan Nam Joo-hyuk menarik perhatian ramai.
Di dalam filem ini ada kewujudan raksaksa jeli yang comel.
Mengisahkan mengenai Eun-young seorang jururawat yang memiliki kuasa untuk melihat nafsu, perasaan dan semangat manusia dalam bentuk jeli, ada sesetengahnya yang membahayakan orang sekeliling.
Dipindahkan ke sebuah sekolah menengah yang seringkali berlaku perkara misteri, Eun-young bertemu dengan Han In-pyo seorang guru yang memiliki kuasa istimewa yang boleh melindungi beliau daripada menjadi mangsa raksaksa jeli.
Berganding bahu menyelesaikan kes misteri yang berlaku, siri dengan enam episod ini membawa genre komedi, fantasi dan adiwira sesuai ditonton semua lapisan masyarakat.