BPR bubar 4

Kumpulan BPR Umum Pembubaran Dalam Masa Terdekat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lebih 35 tahun bertapak dalam industri muzik tanah air, kumpulan Bumiputera Rockers atau lebih dikenali sebagai BPR mengumumkan pembubaran mereka.

Walaupun pahit untuk ditelan, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa pembubaran tersebut adalah kerana berdepan dengan faktor usia, masalah kesihatan dan mempunyai kerjaya lain.

BPR bubar 2

Keputusan yang dibuat hasil perbincangan bersama ini akan menyaksikan pembubaran BPR secara rasmi selepas mereka menjayakan Jelajah 1,000 Tahun Takkan Mungkin yang dijangka bermula 28 Disember ini.

Gitaris, Awang 56 tahun menghidap penyakit jantung akan memberikan tumpuan pada keluarga manakala vokalis, Joey, 56 tahun mahu menjaga kesihatan berikutan masalah rusuk akibat kemalangan baru-baru ini serta menghidap darah tinggi.

Enal, 58 tahun yang memegang posisi pemain drum juga menghidap sakit jantung berniaga nasi lemak di Taman Mt Austin, Johor Bahru manakala pemain bass, Yem Bai, 54 tahun mahu menumpukan khidmat sebagai pemandu peribadi.

Ditubuhkan pada tahun 1985, kumpulan BPR yang membawa genre rock turut dianggotai oleh Yem C yang meninggal pada Oktober 2016 akibat barah tulang.

Sumber: Harian Metro

Manga paling laris sehingga kini.

ONE PIECE : Manga Paling Laris

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.