
Kumpulan ‘Anti-Maskers’ Bantah Pemakaian Topeng Muka, Dakwa Ianya Mencabul Hak Untuk Bernafas
Kumpulan anti-maskers bantah pemakaian topeng muka dengan dakwaan ianya sebagai mencabul hak untuk bernafas.
Wabak pandemik COVID-19 memerlukan penduduk dunia hidup dalam keadaan norma baharu selagi mana vaksin untuk virus ini tidak ditemui.
BACA: Dakwa Diri Akan Jadi Kebal, Rakyat Amerika Syarikat Sambut Pesta COVID-19
Pemakaian topeng muka, kerap membasuh tangan sama ada dengan sabun mahu pun hand sanitizer merupakan satu kemestian yang wajar dilakukan setiap kali keluar dari rumah.
Namun tidak semua setuju dengan saranan pemakaian topeng muka dengan alasan ianya telah ‘mengambil hak Tuhan’.

Golongan yang dikenali sebagai anti-maskers ini telah membuat beberapa penyataan pelik dan kelakar. Tonton ‘perbahasan’ kumpulan anti-maskers ini dalam pautan di bawah:
https://www.facebook.com/NowThisPolitics/videos/979874739097682/?v=979874739097682
Dengan kes positif COVID-19 di dunia yang setakat ini menghampiri 10 juta kes dengan kadar kematian menghampiri 500,000 kes, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar topeng muka dipakai sentiasa ketika berada di luar rumah kerana wabak ini boleh merebak daripada satu individu kepada individu lain hanya dengan berbual.
Seorang saintis Amerika Syarikat memberitahu, virus COVID-19 ini berkemungkinan besar boleh tersebar menerusi udara hanya dengan pernafasan biasa mahu pun pertuturan.

Anthony Fausi, Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit di Institusi Kesihatan Negara Amerika Syarikat menerangkan, penggunaan topeng muka kini diperlukan kerana virus berkenaan sebenarnya boleh disebarkan ketika berbual; miiliki konsep yang sama seperti batuk dan bersin.
BACA: Ini Syarat Mudah Untuk Anda Guna Semula Topeng Penutup Muka Sebagai Langkah Berjimat
Sebagai langkah penjimatan, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah menyarankan agar orang ramai tidak menggunakan kembali topeng muka dan menggunakan topeng muka jenis kain yang sedang dijual secara meluas di pasaran dengan syarat ianya mestilah daripada fabrik yang berkualiti.