Kucing Ditahan Cuba Seludup Bekalan Dadah Untuk Penghuni Penjara 4

Kucing Ditahan Cuba Seludup Bekalan Dadah Untuk Penghuni Penjara

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kucing ditahan cuba seludup masuk bekalan dadah.

Jumaat lalu, pihak berkuasa di Panama telah memintas satu operasi cubaan menyeludup masuk bekalan dadah di sebuah penjara di sana.

BACA: Kisah Monyet Yang Ditangkap Atas Kesalahan Menjual Dan Mengedar Dadah

Cubaan yang melibatkan seekor kucing yang diikat dengan kantung berisi pelbagai jenis dadah itu dihentikan pegawai yang menjaga pintu masuk penjara utara ibu kota Panama yang menempatkan lebih daripada 1,700 tahanan.

Kucing Ditahan Cuba Seludup Bekalan Dadah Untuk Penghuni Penjara 1

“Kucing berkenaan membawa bungkusan berisi serbuk putih, daun dan bahan sayuran yang diikat di lehernya. Mungkin berisi kokain dan ganja.”

Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka mengenai penggunaan haiwan dalam operasi penyeludupan bahan haram di penjara yang kebanyakannya sesak dengan banduan.

Kucing Ditahan Cuba Seludup Bekalan Dadah Untuk Penghuni Penjara 3

Pihak pendakwa raya memaklumkan kucing tersebut sudah pun dihantar ke pusat pengangkatan haiwan peliharaan.

Kucing Ditahan Cuba Seludup Bekalan Dadah Untuk Penghuni Penjara 2

Sebelum ini, pihak berkuasa Panama telah memintas cubaan seludup dadah di penjara dengan menggunakan burung merpati dan dron.

Sebelum ini,  pada tahun 1999 dua ekor monyet iaitu Munni dan Hamid pernah ditangkap atas kesalahan mengedar dadah?

Menurut polis, Munni dan Hamid telah dilatih oleh pengedar dadah di wilayah Mugdapara Dhaka untuk membantu tiga orang yang turut ditahan bersama dalam perniagaan mereka.

Menurut seorang pegawai polis yang terlibat dengan tangkapan tersebut, tangkapan tersebut dibuat hasil daripada informasi orang awam.