Kumpulan Militan Daesh

Kubu Terakhir Kumpulan Militan Daesh Musnah, Akhirnya Baghouz Bebas!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tentera Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai oleh Amerika Syarikat mengumukan bahawa saki baki kumpulan militan Daesh berjaya dihapuskan.

Serangan dari SDF yang dimulakan sejak beberapa minggu lalu di kubu terakhir kumpulan tersebut di timur barat Syria membuahkan hasil.

Sebagai tanda kebebasan, bendera kuning dikibarkan di Baghouz, perkampungan terkecil yang menjadi kubu kuat Daesh selama lima tahun bersempadan dengan Iraq.

Walaupun kuasa kumpulan militan Daesh yang dipimpin oleh Abu Bakr Al-Baghdadi ini berakhir, tetapi pihak SDF percaya ada ahlinya yang bersembunyi di kawasan gurun terpencil di Damsyik dan Baghdad.

Kumpulan Militan Syria Daesh
Sumber: Kosmo

Al-Baghdadi digelar sebagai The Ghost pernah mendakwa dirinya sebagai khalifah semasa menyampaikan khutbah di Masjid Al-Nuri, Mosul tidak pernah muncul dalam khalayak selepas daripada itu.

Rakaman suara terakhir beliau kepada pengikutnya Ogos lalu muncul selepas lapan bulan Iraq mengumumkan kekalahan Daesh di wilayah Baghouz.

Dengan pembebasan wilayah Baghouz, bererti kerajaan khalifah Al-Baghdadi yang pernah menguasai satu pertiga daripada wilayah Iraq dan Syria telah berakhir.

Sumber: Sinar Harian