kubah masjid

Kubah Masjid Cecah RM500,000. Relevankah?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular beberapa hari lalu tentang kutipan derma kubah masjid di media sosial yang mencecah sehingga RM500,000. Ada yang kata kos tersebut tidak berpatutan dengan penghasilan kubah masjid.

Ikuti perkongsian Megat Hisemudin Megat Kasim di mana beliau bercerita tentang teknik dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan sebuah kubah masjid.

Kubah masjid macam ni tak sampai setengah juta Ringgit dikira murah

Ada satu posting yang mengatakan kubah masjid RM500,000 mahal. Beliau mengambil satu screen shoot seperti di bawah ini.

kubah masjid

Katanya lebih baik tak payah buat kubah. Sedangkan kubah macam ni dah jadi identiti masjid di Malaysia yang meniru konsep masjid Turki. Memang betul ia juga konsep Eropah kerana dulunya Turki adalah bekas kerajaan Byzantine atau Rome.

Saya salin kembali komen saya di pos tersebut untuk bacaan anda.

[Nota: post ini tidak merujuk kepada kontroversi pembinaan kubah sebuah surau di sebuah pusat pengajian. Post ini adalah merujuk kepada pembinaan kubah masjid (bukan surau) secara am dan mengambil data dari gambar yang tertera nama oleh Huda Mahmud]

Kubah macam ni tak sampai setengah juta Ringgit dikira murah. Yang disebut diperbuat daripada “aluminium” ialah “aluminium cladding”.

Biasaanya aluminum cladding kita buat bentuk empat segi dan rata. Ia banyak digunakan sebagai external wall untuk bangunan.

Macam bangunan tertinggi di TRX juga guna aluminium cladding sebagai external wall.

kubah masjid

Untuk buat kubah ini digunakan aluminum cladding prefabricated yang telah dipotong bentuk segi tiga dan dimasukkan ke dalam bending machine untuk mendapatkan bentuk melengkung.

Ia dibawa dari kilang sekeping-sekeping lalu dipasang di lokasi. Di antara dua keping cladding ada satu lagi cladding strips untuk mengelakkan kebocoran air hujan.

Kubah ini juga di dalamnya terdapat steel structure di bahagian atas sekali di mana ia digunakan untuk menyatukan & mengukuhkan semua cladding panels.

Ia juga digunakan untuk memegang atau holding puncak yang sebatang ke atas itu. Setengahnya ada puncak bulan bintang.

Setengah kubah juga ada dibuat steel truss support sebelum dipasang aluminum cladding.

Juga akan dipasang tembaga earthing rod yang disambung wayarnya ke bumi untuk mengelakkan kilat.

Kita nampak di luar benda dah siap. Tapi dari sudut engineering & architecture orang tak tahu.

Jika kubah yang kecil boleh dibuat daripada composite material tetapi jangka hayat tak sama dengan aluminium cladding.

Bagaimana sekarang? Terjawabkah soalan netizen mengapa kos penghasilan kubah ini tinggi? Apa komen anda? Boleh kongsikan kepada kami.

BACA: Terbengkalai Atau Masih Baik Pulih? Perkongsian Keadaan Terkini Masjid Kristal Cetus Bualan Netizen

Sumber: Megat Hisemudin Megat Kasim