
Kuat Berdengkur? Anda Peserta Bertuah Yang Rancangan TV Ini Cari
Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.
Anda kuat berdengkur? Atau ada kawan yang kuat berdengkur?
Dua golongan ini merupakan golongan yang paling ‘dibenci’ kerana kehadiran mereka boleh menyebabkan gangguan tidur pada orang lain.
Tapi tahukah anda, rancangan TV di United Kingdom kini mencari peserta ‘Britain’s biggest and loudest snorers’.

Wakil daripada Firecracker Film memberitahu perkara ini bahawa mereka sedang mencari peserta yang berdengkur paling kuat dan besar untuk menyertai rancangan TV baharu mereka.
Jika anda (atau rakan anda) yang mereka cari, bolehlah isi borang penyertaan DI SINI. Syaratnya mestilah berumur 18 tahun ke atas.
Sumber: The Sun UK