
KUASA: Naskhah Baharu Tonjol Sisi Matang Joe Flizzow
Dua tahun selepas melebarkan sayap dengan Sampai Jadi, Joe Flizzow kembali dengan buah tangan terbaharu bertajuk KUASA bersama Azlan & The Typewriter, single pertama yang dipetik daripada album ketiga beliau.
BACA: Joe Flizzow Kini Bergelar Artis Di Bawah Naungan Def Jam South East Asia
Merupakan single paling matang daripadanya, video muzik daripada Joe Flizzow yang dipandang sebagai ikon hip-hop Malaysia ini dibantu dengan penerbitan muzik yang elegan serta bertaraf antarabangsa daripada Alyph yang juga merupakan produser di sebalik lagu hit Andi Barnadee (Donde) dan K-Clique (Mimpi).
Bercakap mengenai proses penghasilan KUASA, Joe memberitahu beliau menulis lagu ini dua tahun lalu kerana merasakan kita berada dalam dunia distopia.
“Saya menulis lagu ini dua tahun yang lalu kerana saya merasakan bahawa kita berada di dunia distopia.
Satu masa di mana kekuatan yang ada, tidak akan berhenti sama sekali untuk memenuhi kerakusan dan nafsu mereka, tetapi pada masa yang sama lagu ini adalah seruan untuk bertindak agar pendengar saya sedar dan melengkapkan diri dengan ilmu sehingga dapat menghadapi perjuangan, dengan lebih bersedia.
Lagu ini juga merupakan peringatan kepada semua bahawa kesenangan pasti datang selepas kesusahan.”
Berkonsepkan sejarah manusia yang dahagakan kuasa menerusi adegan-adegan yang digambar semula secara digital, video muzik arahan Zulamran Hilmi ini dipenuhi visual yang penuh makna tersirat serta mendalam.
“Tulis dan ukir sejarah benar, jangan kau memahat, lekas bangun dari lena dan berlari terus ke garisan.”
Sebelum mendengarkannya di platform digital lain, apa kata tonton video muzik KUASA di pautan bawah:
Dengarkan juga di platform digital lain
Nota: Dispotia merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan keadaan yang berkebalikan dengan utopia (ideal) dan biasanya menceritakan tentang kehidupan masyarakat fiksional yang hidup dunia yang lebih buruk dari dunia tempat tinggal kita.
Trending now



