
Kuala Lumpur Tersenarai Antara Bandar Terkaya Asia Tenggara 2030
Sebut sahaja Kuala Lumpur, pasti ramai pelancong yang mengetahui mengenai ibu negara Malaysia ini. Terkenal dengan pembangunan bandar yang pesat, mengikut bancian pada 2018, Kuala Lumpur didiami lebih 1.796 juta penduduk.
Menurut laporan daripada Gross Regional Product (GRP), bandar Kuala Lumpur, Malaysia berada di kedudukan keempat dengan nilai kekayaan sebanyak USD36,151 (RM151,765.51) di Asia Tenggara.
Di peringkat global pula, Kuala Lumpur tersenarai di kedudukan ke-38 dan menunjukkan peningkatan sebanyak tujuh anak tangga dalam senarai global jika dibandingkan pada tahun 2015.
Di tempat pertama, Singapura mendahului dengan nilai RM387,048 diikuti Jakarta (RM189,867) dan Bangkok (RM178,343.68). Manakala Kuala Lumpur berjaya meninggalkan bandar Manila, Ho Chi Minh City dan Hanoi dengan jumlah masing-masing sebanyak RM118,319.25, RM74,931.89 dan RM41,960.01.
Untuk lihat senarai penuh nilai kekayaan bandar-bandar global, anda bolehlah lawati laman SEA ASIA DI SINI.
Campak balik revolusi Rambo dari tahun 1982 sampailah 2019.
Evolusi Rambo 1982-2019
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.