Bojan Hodak

Kritik Sistem Bola Sepak Negara, FAM Minta Bojan Hodak Surat Tunjuk Sebab

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bojan Hodak kritik FAM diminta beri surat tunjuk sebab.

Hanya kerana terlanjur mengeluarkan kritikan kepada sistem pembangunan akar umbi bola sepak Malaysia yang disifatkan sebagai lemah, jurulatih skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara, Bojan Hodak diminta untuk menunjukkan surat tunjuk sebab.

BACA: Selain Ronaldinho, Ini Antara Bintang Lagenda Bola Sepak Yang Diisytihar Muflis

Bojan mengkritik sistem pembangunan bola sepak selepas skuad bimbingannya beraksi buruk dalam saingan peringkat kumpulan pada Kejohanan Piala Sanix di Jepun Mac lalu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan Bojan masa sehingga esok (Jumaat) untuk menunjukkan surat tunjuk sebab di atas kritikannya itu.

Bojan Hodak
Sumber: ESPN

Bagi Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, isu Bojan Hodak kritik FAM tersebut merupakan isu dalaman kakitangan. Surat tunjuk sebab adalah bagi membincangkan kritikan Bojan supaya dapat dibincangkan secara mendalam dan tiada kena mengena dengan isu kontrak atau prestasi pasukan.

Selepas melihat penjelasan daripada Bojan, barulah satu mesyuarat tindakan diambil dengan melihat kepada undang-undang Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM.

Sebelum ini, tiga bekas jurulatih skuad kebangsaan digantung jawatan selepas mengkritik bola sepak negara iaitu B.Sathianathan, Datuk K.Rajagobal dan Dollah Salleh.

Terdahulu, tahukah anda, selain Ronaldinho, ada beberapa bintang lagenda bola sepak yang diisytihar muflis?

Terkenal dengan gelaran King of Skill, Ronaldingo telah bergelar pemain bola sepak selama 20 tahun dengan beberapa kelab terkemuka Eropah seperti Barcelona dan AC Milan.

Pelbagai isu dan kontroversi yang timbul antaranya disaman sekitar €1.75 juta akibat pembinaan tanpa permit melibatkan kediamannya menyebabkan Ronaldinho menghadapi masalah kewangan dan akhirnya diisytiharkan muflis selepas gagal menjelaskannya.

Baca lanjut di: Selain Ronaldinho, Ini Antara Bintang Lagenda Bola Sepak Yang Diisytihar Muflis

Sumber: Utusan Online