Kritik ‘Kapital’, YouTuber China Dengan Konten Kampung Pula Dilapor Hilang 1

Kritik ‘Kapital’, YouTuber China Dengan Konten Kampung Pula Dilapor Hilang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kritik kapital, YouTuber China dengan konten kampung pula dilapor hilang.

Di China, pempengaruh media sosial dan selebriti memainkan peranan yang penting dalam memberikan pengaruh kepada masyarakat. Jika sebelum ini, selebriti A-List, Zhao Wei yang terkenal dengan watak penjaga gol dalam Shaolin Soccer dilaporkan hilang, kali ini seorang lagi individu terkenal di China dilaporkan mengalami hal yang sama, iaitu seorang YouTuber.

Pelakon popular itu bukan sahaja didapati hilang daripada media sosial, tetapi juga karya-karya lakonannya turut dibuang daripada ditayangkan di platform penstriman video.

Netizen China menyatakan kes yang berlaku pada Zhao hampir sama dengan apa yang pernah berlaku pada bintang China, Fan Bingbing pada tahun 2018 lalu.

BACA: Pelakon Popular ‘Hilang’ Daripada Internet Susulan Sekatan China Kepada Pempengaruh Media Sosial

Youtuber yang terkenal dengan konten-konten kehidupan bertani, Li Ziqi dilaporkan sudah dua bulan senyap tanpa berita.

Sering memaparkan gaya hidup kampung dan budaya tradisional China, Li Ziqi dikatakn sudah dua bulan tidak memuat naik konten di YouTube miliknya.

Kritik ‘Kapital’, YouTuber China Dengan Konten Kampung Pula Dilapor Hilang 2

Pada 30 Ogos lalu, Li Ziqi memuat naik satu foto yang menunjukkan beliau sedang mengisi dokumen undang-undang dengan kapsyen yang ada menyebut mengenai kapital, slanga yang merujuk kepada perniagaan besar.

“Meminta peguam untuk menyimpan rekod, ini sangat menakutkan. Kapital memang ada muslihat!”

Namun hantaran berkenaan dipadam dengan cepat dan sejak itu YouTuber dari China itu terus senyap tanpa berita.

Biarpun YouTube diharamkan di China, tetapi Li Ziqi berjaya mengumpulkan lebih 16.1 juta pengikut di laman ini.

Video terakhir yang dimuat naik:

Sebelum ini China dikatakan sedang menghasilkan satu undang-undang untuk mengawal kuasa sosial bersuara menentang kerajaan menerusi kempen Parti Komunis dengan menyasarkan entiti swasta dengan data pernah dilaporkan pada 2018 adalah sebanyak 10,000 akaun media sosial dipadam.

Melihatkan pada pengaruh Li Ziqi yang besar antaranya berjaya mencapai jualan sebanyak dua bilion yuan semasa festival e-dagang pada Jun mungkin menjadikan beliau salah seorang daripada ramai yang ditargetkan kerajaan China.

Sebelum ini, Jack Ma juga mengalami nasib yang sama.

Hampir lebih dua bulan lamanya Jack Ma tidak memunculkan diri, salah satu perniagaan milik beliau iaitu Ant Group berada dalam pemantauan kerajaan China susulan satu kenyataan kontroversi yang dikeluarkan beliau pada 24 Oktober lalu.