Indonesia Hantar Kapal Perang Berdepan China 1

Krisis Sempadan Laut China Selatan: Indonesia Kerah Kapal Perang Berdepan China

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Awal Januari lalu, China telah menuntut kedaulatan ke atas Kepulauan Spratly dan perairannya atas alasan nelayan China sudah lama berada di sana.

BACA: Isu Sempadan Laut China Selatan: Indonesia Tolak Tuntutan China Sebagai Tiada Asas Perundangan

Namun Indonesia telah menolak tuntutan tersebut dengan mengatakan ianya sebagai tiada asas perundangan.

Berang dengan tuntutan China, Kementerian Luar Indonesia menggesa China menjelaskan asas perundangan dan sempadan jelas terutamanya berkenaan tuntutan di zon ekonomi eksklusif mengikut Undang-Undang Laut (Unclos) 1982 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 

Disebabkan keengganan dan kedegilan kapal milik Beijing yang enggan meninggalkan kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif di Natuna, Indonesia telah mengerahkan empat kapal perang tambahan ke lokasi terbabit bagi menyertai empat kapal lain yang akan dihantar hari ini.

Indonesia Hantar Kapal Perang Berdepan China 1

Turut menempatkan ratusan anggota keselamatan di sana, Pegawai Hal Ehwal Awam dengan Kawalan Armada Pertama Tentera Laut Indonesia, Komander Fajar Tri Rohadi memberitahu Badan Keamanan Laut Indonesia (BAKAMLA) turut diarahkan untuk meronda di kawasan terlibat.

Nelayan China yang menangkap ikan secara haram di perairan sana telah diminta untuk meninggalkan kawasan berkenaan dengan komunikasi menerusi radio.

Indonesia Hantar Kapal Perang Berdepan China 1

Menurut Komander Fajar, bot nelayan China dikatakan berada di kira-kira 30 lokasi dan setiap daripadanya menempatkan sehingga dua bot. Malah kapal peronda pantai Beijing turut berada di kawasa berkenaan.

Indonesia akan mengahantar kira-kira 120 nelayan ke lokasi berkenaan bagi meneroka kekayaan hasil laut termasuk pada kedalaman 200 meter kerana menurut makluman Menteri Penyelarasan untuk Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan, Mahfud MD undang-undang antarabangsa telah menetapkan perairan dimasuki oleh bot China itu adalah milik Indonesia.

Sumber: The Jakarta Post, Astro Awani