Krisis Semakin Tegang Apabila Korea Utara Kini Sudah Siap Dengan Hukuman ‘Balas Dendam’ Kepada Korea Selatan

Sumber: The Straits Times

Krisis Korea Utara dan Korea Selatan semakin menegang apabila Korea Utara kini dilaporkan sudah bersiap sedia dengan hukuman balas dendam terhadap Korea Utara iaitu dengan menyediakan tiga ribu belon bagi membawa jutaan risalah anti-Selatan bersama putung rokok dan sampah yang akan ‘dibuang’ ke sana.

BACA: Di Sebalik Ketiadaan Kes, Ini Yang Korea Utara Cuba Sembunyikan Dari Dunia

Operasi ini menyebabkan kedai percetakan di Korea Utara terpaksa bekerja lebih masa bagi memastikan persiapan erang psikologi yang biasa digunakan kedua negara berkenaan sejak Perang Korea 1950 hingga 1953 berjaya dilaksanakan.

9 Jun lalu, Korea Utara memberitahu akan memutuskan komunikasi ketenteraan dan politik dengan Korea Selatan selepas berlakunya ancaman aktivis yang menghantar risalah anti-Pyongyang menerusi sempadan.

Meskipun pengedaran risalah sudah diharamkan dalam perjumpaan bersejarah di antara Presiden Korea Utara, Kim Jong-un dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in pada 2018, sebanyak 50,000 risalah anti Korea Utara didapati telah dihantar masuk ke Korea Utara.

Krisis Semakin Tegang Bila Korea Utara Kini Sudah Siap Dengan Hukuman ‘Balas Dendam’ Kepada Korea Selatan
Sumber: NY Times

Susulan itu juga, adik kepada Kim Jong-un yang merupakan orang kanan beliau, Kim Yo-jong telah memberikan amaran kepada Korea Selatan biarpun Moon Jae-in ada menawarkan untuk menghantar utasan bagi mengadakan rundingan.

BACA: Walaupun Dijangka Lebih Kejam Daripada Kim Jong-un, Kecantikan Kim Yo-jong Tetap Jadi Sebutan

Menyifatkan tindakan Korea Selatan sebagai tidak munasabah, tidak berakal dan sangat biadap, Korea Utara mengugut akan meningkatkan jumlah tenteranya di sekitar Zon Bebas Tentera telah mengundang kritikan hebat dari Korea Selatan.

Sejak tahun 1970-an, kedua-dua republik ni telah bersetuju beberapa kali untuk menghentikan propaganda rentas sempadan seperti ini termasuklah siaran pembesar suara di sepanjang sempadan. Malah pada tahun 2000 adalah puncak kepada keduanya yang bersetuju mempromosikan perdamaian, dan kembali mencapai persetujuan sama ketika Kim Jong-un dan Moon Jae-in bertemu pada 2018.

Tetapi krisis kembali meningkat apabila hubungan antara keduanya semakin memburuk terutamanya apabila belon yang membawa risalah anti Utara itu menghina Kim Jong-un sebagai seekor khinzir berdarah yang cukup berani membunuh pak cik saudara serta saudara tirinya menggunakan senjata nuklear.

Sumber: NY Times